Sunday, August 26, 2007

Antara Penjagaan Syahwat dan Akal

Rasulullah S.A.W bersabda : Barang siapa yang bezina dengan wanita muslimat atau bukan muslimat, baik wanita itu merdeka ataupun hamba orang, kemudian dia meninggal dunia sebelum bertaubat, maka Allah membukakan baginya di dalm kubur tiga ratus pintu neraka, yang dia diseksa di dalam nya sehingga dating hari kiamat. Dan apabila telah dating hari kiamat, maka dia masuk ke neraka bersama dengan mereka yang akan diseksa di dalamnya.

Di ceritakan bahawa Hasan al-Basri, Malik bin Dinar dan Tsabit al-banany, telah datang kepada Rabi’ah A’dawiyah. Petikan perbincangan mereka digambarkan seperti berikut.

Hasan: Wahai Rabi’ah, plihlah salah satu di antara kami, keran pernikahan adalah sunnah Nabi S.A.W

Rabi’ah : Saya mempunyai beberapa masalah. Barang siapa dapat menjawab persoalan itu, sayakan mengambilnya sebagai suami.

Pertanyaan pertama ditujukan kepada Hasan.

Rabi’ah : Pada hari pengukuhan perjanjian (kiamat) di mana segolongan manusia dimasukkan kedalam api neraka. Pada pandangan tuan saya akan berada di dalam golongan yang mana??.

Hasan : Saya tidak tahu

Rabi’ah : Malaikat telah membentuk saya di dalm kandungan ibu saya, apakah saya menjadi orang yang sensara atau orang yang berbahagia??.

Hasan : Saya tidak tahu.

Rabi’ah : Kuburan adakalnya menjadi teman syurga dan adakalanya menjadi liang neraka, bagaimanakah kuburan saya kelak??.

Hasan : Saya tidak tahu.

Rabi’ah : Pada hari akhirat kelak wajah-wajah manusia mamutih cemerlang dan wajah-wajah manusia lainnya hitam muram, bagaimanakah wajah saya kelak??.

Hasan : Saya tidak tahu.

Rabi’ah : Apabila ada suara mengundang di hari kiamat, “ketahuilah, sesungguhnya fulan bin fulan itu berbahagia sekali, sesungguhnya fulan bin fulan itu sengsara sekali.” Pada pandang tuan, saya akan termasuk di dalam golongan yang mana??.

Hasan : Saya tidak tahu.

Maka ketiga-tiga auliya’ itu menangis dan keluar meninggalkan rabi’ah.

Pada kisah yang lain pula dicatatkan bahawa setelah suami rabi’ah meninggal dunia, Hasan Al-Basri bersama-sama sahabatnya telah dating menziarahi Rabi’ah. Setelah diizinkan masuk Rabi’ah memasangkan hijab (tabir kain) dan dia duduk disebalik tabir itu.

Hasan : Sesungguhnya suamimu telah meninggal dunia, maka engkau harus bersuami lagi.

Rabi’ah : Baiklah, dan sesiapa di antara mu yang paling alim saya persiapkan diri sebagai isterinya.

Mereka menjawab yang paling alim adalah Hasan al-Basri.

Rabi’ah : Apabila tuan dapat menjawab empat pertanyaan saya, maka saya rela menjadi isterimu.

Hasan : Kemukakanlah pertanyaan itu, semoga Allah menolong ku.

Rabi’ah : Kalau saya mati dan keluar dari dunia ini, adakah saya akan pergi dengan berbekalkan iman atau tidak??.

Hasan : Itu adalah suatu perkara ghaib an hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.

Rabi’ah : Pada pendapat tuan stelah saya dibaringkan di dalam kubur dan di Tanya oleh malaikat Mungkar dan Nakir, saya dapat menjawab atau tidak??.

Hasan : Itu pun masalah yang ghaib dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengatahuinya.

Rabi’ah : apabila manusia suadah dipanggil pada hari akhirat kelak, sebahagian lain di neraka, maka saya masuk bahagian yang mana??

Hasan : Itu pun soal ghaib.

Rabi’ah : Kalau seseorang telah samar-samar dalam masalah yang empat ini, maka bagaimana dia akan menyibukkan diri dengan perkahwinan.

Kemudian Rabi’ah berkata lagi : Wahai Hasan, berapakah bahagian Allah mencptakan akal??.

Hasan : Sepuluh bahagian, sembilan bahagian untuk lelaki dan satu lagi untuk kaum wanita.

Rabi’ah : Berapa bahagian pula menciptakan syahwatnya??.

Hasan : Sepuluh bahagian juga, sembilan bahagian untuk wanita dan satu untuk lelaki.

Rabi’ah : Wahai Hasan, saya saja dapat menjaga sembilan bahagian dari syahwat itu dengan satu bahagian akal, tetapi mengapa engkau tidak dapat menjaga satu bahagian syahwat dengan sembilan akal??.

Maka menangislah Hasan dan terus keluar daripada rumah Rabi’ah.









[+] Seterusnya

Thursday, August 23, 2007

FOKUS MINDA : Penjajahan Minda oleh Barat













Sudah tiba masanya masyarakat Malaysia menyedari untuk terus membina kekuatan sendiri dalam semua aspek terutamanya ekonomi, sosial dan politik bagi mengelakkan pihak lain mencorakkan masa depan dan kepentingan mereka.

Kita bukan tidak memepunyai kekuatan sendiri malah lebih daripada itu, tetapi apa yang membimbangkan ialah kehadiran usaha-usaha jahat terutamanya daripada barat untuk memanipulasi kekayaan dan menguasai Blok Asia Timur ini.

Barat yang dimaksudkan di sini tidak lain tidak bukan ialah Amerika Syarikat yang sememangnya terkenal sebagai Negara kuasa besar yang juga memegang kuasa ekonomi dunia. Kebimbangan ini boleh kita lihat apabila dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini, kita hidup di dalam dunia yang hanya pada Amerika Syarikat. Apa sahaja yang timbul, Amerika akan menjadi “superleader” juara kepada kebebasan dan demokrasi, kononnya


Penjajahan Minda

Jika diamati Amerika Syarikat seolah-olah sedang berusaha untuk memastikan dunia berada di bawah telunjuknya. Jika gagal untuk campur tangan dalam urusan dalaman atau tidak ada alas an untuk melancarkan perang terhadap sesuatu Negara, mereka akan mencari alternative yang lain. Kini mereka semakin ghairah berusaha untuk menjajah minda masyarakat dunia dengan memaparkan pihak mereka berada di pihak yang benar dan pihak lain terutamanya yang tidak mahu menurut kehendak mereka akan dianggap sebagai pesalah dan lebih teruk lagi dilabel sebagai pengganas.

Mereka menggunakan semua rangkaian yang ada, tidak kira ekonomi, pilitik, sosial, sehingga kepada pembikinan filem. Mereka juga sering mencari alasan terbaik yang selalunya mendapat restu negara-negara maju dan membangun lain dalam menjayakan misinya.

Sehubungan itu, kita di Malaysia sewajarnya berwaspada terhadap anasir barat terutamanya Amerika Syarikat yang tidak pernah terputus asa untuk menguasai Blok Asia Timur terutamnya Negara kita.

Memandangkan seriusnya masalah berkenaan, apakah usaha yang kita lakukan bagi memastikan masyarakat sentiasa peka terhadap isu penjajahan minda oleh Amerika Syarikat ini?

Apa yang boleh kita lakukan agar anak bangsa kita tidak terpedaya dengan kata-kata serta janji manis barat dan tali barut mereka sekali gus menanamkan semangat nasionalisme yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia?.

Semangat Nasionalisme Yang Rapuh

Sasaran utama yang perlu diberi perhatian ialah golongan remaja. Jika diperhatikan golongan remaja zaman siber ini mudah dipengaruhi minda mereka. Mereka sering terikut-ikut dengan budaya barat yang kononnya dianggap moden. Semangat nasionalisme mereka juga amat rapuh, malah lebih membimbangkan lagi kini telah kelihatan unsur-unsur mereka tidak berminat untuk mengambil tahu apatah lagi menyertai pergerakan politik Negara yang selama ini menjadi kebanggaan Negara. Mereka menganggap urusan berpolitik ini urusan orang dewasa atau lebih tepat lagi wakil rakyat yang dilantik.Mereka meletakkan tanggungjawab ini bulat-bulat kepada generasi atau penaraju Negara. Untuk menghayati jalur gemilang juga kita terpaksa berbelanja besar bagi memastikan aktiviti mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan dilaksanakan. Kekurangan minat mereka ini terhadap perjalanan politik Negara mendorong kepada kekurangan generasi pelapis untuk mentadbir Negara kelak. Kalau adapun bilangannya cukup kecil.

Senario ini terjadi berikutan kurangnya minat mereka terhadap sejarah sama ada sejarah Malaysia atau sejarah kebangkitan mahupun kejatuhan Negara-negara lain yang boleh dijadikan contoh teladan. Berbalik kepada kehebatan Amerika Syarikat, berapa ramaikah anak bangsa kita yang mengatahui sejarah bermulanya Negara berkenaan?.

Sejarah Awal Amerika

Negara Amerika Syarikat bermula apabila Britain membuka penempatan di Benua Amerika dengan menundukkan penduduk pribumi, Red Indian. Cara mereka mengusir pewnduduk peribumi ini amat menjijikan . Mereka membekalkan arak yang murah kepada kaum berkenaan. Perbuatan ini telah mengubah corak budaya dan cara hidup kaum Red Indian. Ramai yang menjadi pemabuk sehingga ada yang sanggup menjual tanah kepunyaan mereka semata-mata untuk menikmati kepuasan meminum arak.

Daripada 13 wilayah penempatan Britain yang menunutut kemerdekaan itu, kini Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa besar yang tidak ada sesiapa yang mamapu mencabar. Pada 4 Julai 2007 yang lalu Amerika Syarikat menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-231. Sepanjang sambutan itu diperlihatkan kawalan yang begitu ketat, kononya bagi menangkis serangan pengganas- itulah sikap Amerika Syarikat sebagai kuasa besar sejagat.

Selain itu, satu bangsa yang bilangannya hanya enam juta orang tetapi mampu menguasai duania iaitu Yahudi juga tidak kuarng hebatnya menjadi tulang belakang kepada kejayaan Amerika.

Sejarah Yahudi

Jika dikaji sejarah orang Yahudi meraka ini adalh kelompok minoriti yang tertindas sering diusir dan dianiayai. Mereka juga dibenci oleh orang Eropah yang menganggap Yahudi bangsa oportunis. Sehingga kini mereka juga dibenci di Jerman. Baru-baru ini melalui satu kaji selidik yang dilaksanakan di Eropah masih membenci dan tidak menerima Yahudi. Pernahkah kita terfikir bagaimana bangsa yang sering ditindas dan dibenci ini boleh menguasai dunia?

Dari segi sejarah pada 1942 apabila Andalusia ditawan semula oleh orang Kristian Sepanyol, penduduk Andalusia ketika itu diberi pilihan sama ada menganut agama kristian atau dibunuh atau keluar dari wilayah itu. Pada masa itu terdapat 100,000 orang Yahudi di sana.

Umat Islam keluar dari wilayah berkenaan dan kembali ke Afrika utara tetapi 100,000 orang Yahudi tidak ada Negara yang mahu menerima mereka. Ketika itulah Empayar Uthamaniah di bawah pemerintahan Sultan Beyezid II (1481-1512) menawarkan tempat kepada mereka. Begitulah baiknya orang Islam ketika itu. Mereka iniilah yang berkembang dan apabila terbentuk Negara Israel, merka berpindah ke sana.

Pernahkah kita terfikir untuk merenung sejenak bagaimanakah orang Yahudi yang tidak tentu kehidupannya pada asalnya, boleh Berjaya pada hari ini? Bagi mereka perjuangan untuk hidup merupakan kemestian dan kesulitan yang dihadapi dijadikan teras bagi membina kekuatan dalaman dan jati diri.

Hasilnya, kini kita boleh lihat oarng Yahudi menguasai pelbagai bidang utama yang mempunyai jaringan ekonomi, sosial dan politik sehingga sesiapa yang ingin menjadi presiden sekalipun perlu mendapat restu Yahudi.

Dalam bidang sains sosial mereka ada Moshe Yegar yang menulis buku Islam and Islamic Institutions in British Malaya dan Rapheal Israeli yang menulis buku Muslim in China and Muslim in Burma; Dalam bidang penulisan lain, Isaac Asimov, Saul Bellow, Leon Uris, Farnz Kafka dan Alberto Morovia; Dalam bidang sains mereka ada Alberth Einstein; Industri filem, Steven Speilberg, Roman Polanski, Oliver Stone dan Woody Allen; bidang lakonan, Paul Newman, Debra Winger, Dustin Hoffman dan Micheal Douglas: sains dan computer, Micheal Dell dan Steave Ballmer; ahli arkeologi, Mark Stein; arkitek, Marcel Breuer; ahli antropologi, Ernest Gellner; ahli ekonomi, Alan Greenspan dan Milton Friedman; guru pengurusan, Peter Drucker; totkoh linguistic, Noam Chomsky dan Leonard Bloomfield dan sebagainya.

Kejayaan yang mereka capai hari ini adalah dari kemulian hati orang Islam, tetapi adakah mereka membalas budi baik orang Islam? Jawabnya, tidak sama sekali sebaliknya mereka sentiasa mencari peluang menggunakan kejayaan yang dikecap hari ini untuk membalas dendam.

Sealain dilindungi Amerika Syarikat, Holocaust juga digunakan sebagai penanda menghalalkan semua tindakan Yahudi. Sebagaimana yang dikatakan oleh Norman G. Finkelstein dalam bukunya The Holocaust Industry : Reflections on the Explotation of Jewish Suffering, industri hiburan hanya memperkukuhkan keyakinan dunia bahawa Yahudi pernah dianiayai dan mereka wajar bertindak untuk mengelak peristiwa itu berulang.

Telunjuk Yahudi

Amerika Syarikat sentiasa dan dijangka akan terus mengikut telunjuk Yahudi dalam menerajui dunia. Ini terbukti kerana selama ini Yahudilah yang menjadi tulang belakang dan perancang utama dalam mewarnai kejayaan yang dicapai Amerika Syarikat.

Walaupun ada sesetengah bangsa eropah yang tidak menerima Yahudi tetapi mereka tidak ada pilihan lain selain akur dengan kehendak amerika. Kini bangsa Eropah sibuk membicarakan tentang krisis hegemoni di antara Amerika Syarikat dan Bangsa Eropah.

Isu ini sebenarnya bukanlah suatu yang baru sebalinya telah wujud Sejak Amerika Syarikat muncul sebagi kuasa besar dunia pada akhir abad ke-19.

Jika kita amati sejarah dunia,selepas perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat merupakan negara tunggal yang mendominasi dunia tetapi keselesaan mereka ini tergugat apabila berlakunya perang dingin. Ancaman datangnya daripada fahaman Lenin, Marx dan Mao atau lebih dikenali sebagai komunisme.

Pembahagian Dunia

Berikutan itu dunia terbahagi kepada dua iaitu kesatuan Soviet dan China manakal satu lagi ialah negara-negara barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat, dianggotai oleh Britain dan Perancis yang mengakui demokratik. Jerman ketika itu baru wujud selepas kalah perang. Eropah pada ketika itu baru mengalami kemusnahan selepas perang.Berikutan itu Eropah mula memerlukan bantuan. Amerka Syarikat menghulurkan bantuan untuk dua matlamat iaitu atas nama kemanusiaan dan bagi menjamin tiada gangguan mahupun ancaman daripada komunisme. Jadi, wujudlah European Steel Community dan Marshall Plan yang mana Amerika Syarikat memberi bantuan penuh untuk membangunkan semula Eropah.

Sementara itu Britain dan Perancis pula memdapat bantuan dan perlindungan Amerika Syarikat daripada ancaman fasisme Jerman semasa perang. Jadi semuanya dikuasai oleh Amerika Syarikat.

Bermula dari situlah kita boleh lihat bagaimana Amerika Syarikat jadi begitu hebat dengan sokongan dunia keseluruhannya. Sisitem politiknya yang kononnya betul-betul demokratik dengan kekuatan ekonomi yang begitu dominan dan apa yang paling penting adalah kekuatan ketenteraannya.

Bertitik tolak kepada empat factor ini juga mereka Berjaya mendominasi dunia. Disamping itu amlan tindakan satu pihak oleh Amerika Syarikat dalam urusan sejagat dengan mengenepikan pandangan dunia yang diwakili oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekalis gus melontar jauh amalan multilateralisme sebaliknya mereka kelihatan giat berusaha untuk mengamalkan unilaterlisme.

Berhati-hati

Dalam era serba moden ini kita bukan hanya perlu berhati-hati kepada Amerika dan Yahudi tetapi juga bangsa Eropah yang lainnya. Seajarah juga telah membukti bahawa bangsa Eropah juga tidak kurang hebatnya dalam usaha menguasai dunia. Pada abab ke-21 ini mereka terus berusaha mempertahankan nasib yang berkekalan selama 600 sejak menghalau orang Islam keluar dari Eropah pada abab ke-15.

Oarng Britain pula pernah menyerang China pada abab ke-19 dalam Perang Candu. Mereka menjual candu untuk melemahkan semangat orang China.

Di Malaysia pula mereka menggunakan taktik hampir sama iaitu mewujudkan kedai arak todi di ladang getah hingga menyebabkan kaum India menjadi pemabuk.

Menghayati Sejarah

Perjalana sejarah yang seumpana inilah yang sewajarnya kita kaji dan hasil kajian itu boleh diguna pakai sebagai mandate dalam usaha menyuntik semangat cintakan negara dikalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda. Kita perlu sentiasa tekankan betapa pentingnya meneruskan perjuangan dalam memastikan negara bebas daripada cengkaman barat khasnya.

Selain menganalisis sejarah daripada bangsa asing, Masyarakat Malaysia juga wajar menghayati sejarah perkembangan jatuh bangun Negara sendiri iaitu dari zaman kegemilangan kesultanan Melaka, zaman penjajahan hinggalah kepada kejayaan-kejayaan yang kita raih pada hari ini.

Kita perlu mengenal bangsa Eropah dan Amerika Syarikat dalam kehidupan seharian sekaligus berusaha mengelakan diri daripada dijajah oleh kuasa-kuasa barat ini. Dunia yang bakal kita hadapi pada abab yang mendatang ini akan memperlihatkan pelbagai percubaan oleh mereka untuk menakluki kita semula sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sejarah Eropah sendiri adalah sejarah berperang, sejarah menguji kekuatan kerana apabila mereka bertemu penduduk di luar Eropah seperti Afrika dan Asia, mereka terus mencari peluang untuk menawan wilayah berkenaan. Apa pun kita juga wajar menyematkan rasa bangga terhadap rantau ini kerana telah ditawan secara ganas selama lebih 600 tahun oleh Eropah, seluruh dunia moden sekarang sudah mula mencabar kedudukan mereka dalam semua bidang.

Jepun telah banyak mendahului banyak Negara Eropah dan Negara moden lain manakala ChinaIndia mempunyai potensi dan kebolehan bukan sahaja menghapuskan pengaruh Eropah di rantau ini malah di benua Eropah sendiri. dan

Kita bagaimana ????





[+] Seterusnya

Sunday, August 19, 2007

Imam Syafie dan Sikap "Self Inquiry"

Seronok melihat perkembangan anak saya yang semakin hari semakin banyak karenah yang dilakukan. Terkadang emosi saya rapuh menahan kesabaran disebalik perkembangan tersebut, namun minda memujuk apalah sangat kenakalan yang dipamer si anak kecil jika hendak dibandingkan kemampuan akalnya berfikir,mereka lakukan semua itu sekadar untuk mencuri pemerhatian kita agar kita tahu yang dia hari ini belajar sesuatu yang baru. “betul juga…” si hati berdetik.

Jika diperhatikan pada situasi kanak-kanak yang berada dalam ‘fatrah’ perkembangan berlaku, mereka sentiasa memerhatikan dengan penuh rasa ingin tahu, sehinggakan terkadang terpancul dibibir mereka yang baru bertatih untuk bercakap dengan pelbagai soalan. Ini yang membuatkan minda saya terfikir bahawa manusia ini sejak kecil lagi telah dianugerahkan oleh Allah dengan fitrah ingin tahu kepada sesuatu yang bermanafaat untuk dirinya. Namun sikap ini makin kita membesar makin kita sia-siakan. Puncanya kerana makin kita membesar minda kita makin dipengaruhi oleh perkara yang membawa keseronokan
hawa nafsu kita, bukan lagi sikap ‘self inquiry’ atau perasaan ingin tahu yang memberikan pengetahuan yang bermanfaat pada kita.

“Self-inquiry” adalah satu sikap yang mulia di mana ia ditakrifkan sebagai kemahuan seseorang untuk mengetahui sesuatu ilmu atau maklumat yang belum diketahuinya. Tetapi jangan silap faham bahawa “self-inquiry” bukanlah sejenis meditasi yang diamalkan oleh sesetngah orang di mana mereka menggunakan perkataan “who am I” sebagai usul perbahasan. “Self-Inquiry” yang ingin dibincangkan di sini juga bukan bermaksud sebagai “ a power of meditation that involves tracing the rout of thought to its origin in the heart…” tetapi “self-Inquiry” secara ringkasnya adalah perasaan ingin tahu.


Di dalam islam semangat “self-Inquiry” ini adlah sesuatu yang amat digalakkan. Terdapat satu ayat dalam permulaan surah al-Anbiya’ di mana Allah taala memerintah kita agar bertanya kepada orang yang mengetahui jika kita tidak mengetahui sesuatu. Ayat ini memberikan gambaran yang jelas bahawa semangat “self-inquiry” itu amat dituntut,lebih-lebih lagi jika kita jahil atau ragu-ragu tentang sesuatu perkara. Dalam kitab al-Tafsir al-Munir karangan Dr Wahbah Az-Zuhaily, menjelaskan bahawa ayat ini berkaitan denagan perintah Allah kepada manusia untuk bertanyakan dengan ulama yang alim dengan kitab-kitab terdahulu tentang rasul-rasul sebelum ini adakah mereka di kalangan malaikat seperti yang mereka sangka atau dari kalangan manusia.


Suruhan untuk bertanya ini bertujuan mengelakkan syak atau dalam erti kata lain untuk mendapatkan fakta yang sebenar mengenai sesuatu benda itu, jelas menunjukkan roh “self-inquiry” begitu dituntut dalam Islam.

Dalam sejarah peradaban Islam, akan dijumpai bebrapa tokoh yang mempunyai “self-iquiry” yang begitu kuat boleh dijadikan contoh teladan. Contoh ini diutarakan bagi memudahkan sahabat-sahabat sekalian mengetahu maksud sebenar ‘self-inquiry” dalam bentuk yang lebih praktikal.

Dalam Kitab Tawali at-Ta’nis Bimaali Muhammad Bin Idris karangan Iman Ibn Hajar, dipaparkan betapa hebatnya "self-inquiry” Iman Shafie sehingga beliau ditanya oleh seseorang tentang bagaimanakah “syahwatnya” dalam menuntut ilmu?. Lantas beliau menjawab : “ Apabila saya mendengar satu kalimat yang belum pernah saya dengar, maka seluruh anggota tubuh saya seakan-akan ingin memiliki telinga agar boleh menikmati dan mendengarkan kalimat itu, sebagaimana telinga saya mendengarnya”. Beliau kemudian ditanya lagi mengenai semangatnya dalam menuntut ilmu, beliau menjawab: “ Seperti semangat orang yang mengumpulkan harta untuk mencapai suatu yang menakjubkan dan dia belum pernah mencapainya.”

Tidak hairanlah dengan keluarbiasaan semangat “self-inquiry” nya itu menjadikan beliau seorang ulama yang besar dalam sejarah islam yang mana ketika beliau berumur 15 tahun sudah dibenarkan oleh tuan gurunya untuk mengeluarkan fatwa di Mekah al-Mukarramah. Beliau suatu ketika ditanya lagi tentang bagaimana caranya mencari ilmu, beliau menjawab : “ seperti seorang wanita yang mencari satu-satunya anaknya yang hilang”.

Dalam menyelusuri sejarah keilmuan Islam, ia tidak tandus dengan tokoh-tokoh keilmuan yang begitu kuat semangat “self-inquiry” nya. Contoh yang terbaik ialah Abu Hurairah. Beliau adlah antara sahabat yang lewat memeluk agama Islam. Menurut pendapat yang sahih seperti dinukilkan oleh Imam az-Zahabi dalam kitabnya, bahawa Abu Hurairah sempat bersama Nabi s.a.w hanya 4 tahun dari pembukaan kota Khaibar hingga kewafatan Baginda s.a.w. Namun begitu, Abu Hurairah antara sahabat yang terbanyak meriwayatkan hadis daripada Baginda s.a.w. Ini tidak lain tidak bukan kerana kehebatan “self-inquiry” nya dan selalu berdamping rapat dengan Bginda s.a.w.

Jadi pengajaran daripada seduttan kisah Abu Hurairah ini, 4 tahun di Universiti sebenarnya mampu melahirkan produk ilmuan yang unggul jika benar-benar bersungguh-sungguh dalam ilmu dan mempunyai “self-inquiry” yang luar biasa seperti Abu Hurairah.

Iman nawawi juga seorang ulama tersohor dalam Mazhab Shafie, lihatlah sahaja, beliau belajar 12 pelajarn seharai, menunjukkan kekuatan “self-inquiry” nya. Mereka inilah yang seharusnya para mahasiswa atau mahasiswi contohi untuk tampil menjadi ilmuan ulung umat Islam yang menguasai pelbagai disiplin ilmu akhirat mahupun dunia.

Thomas A. Stewart seorang pemikir Barat pernah menyatakan bahawa bahan mentah masa hadapan adalah ilmu pengetahuan dan bukan lagi getah atau bijih timah!!!!.


Jadi umat Islam memerlukan jaguh ilmuan untuk menimbangi dominasi ilmua-ilmuan Barat yang kebanyakannya memusuhi dan sentiasa menjajahi minda-minda umat Islam dengan keseronokkan hawa nafsu demi untuk menghancurkan Islam. Jadi umat Islam terutamanya golongan mahasiswa adalah digesa untuk memupuk dan meningkatkan semangat “self-inquiry” untuk memenuhi tuntutan di atas.


[+] Seterusnya

Thursday, August 16, 2007

Jika Ilmu Adalah Dadah

Alhamdulillah syukur rasanya hari, kuliah saya bersama pelajar semester satu berjalan dalam keadaan suasana cukup ceria. Seronok rasanya apabila sesuatu yang disampaikan dapat’ respon’ yang baik daripada para pelajar. Hari ini topik kuliah saya menyentuh tentang sumber-sumber ajaran Islam. Skop perbincangannya mengenai sumber ijtihadi iaitu Ijma’ dan Qias.

Walaupunh topiknya adalah topik asas, tapi agak sukar bagi saya apabila berdepan dengan pelajar yang latarbelakang akedemik masing-masing bukan lah daripada aliran agama.Perbincangan lebih tertumpu pada persoalan Qias, jelas tergambar kerumitan pada pelajar saya dalam memahami definisi Qias dengan baik, sehinggalah apabila saya memberi contoh yang mudah iaitu hukum penggunaan dadah secara berlebihan boleh mendatang haram sebagaimana haramnya meminum arak yang telah jelas pengharamannya dalam al-Quran, berulah terukir senyuman pada wajah masing-masing.

Namun ketika rancak perbincangan itu berjalan, minda saya lebih tertarik dengan satu artikel yang pernah saya jumpa dan masih berada dalam simpanan saya yang ada kaitan dngan persoalan dadah ini.Seorang penulis yang kreatif bernama Mohd Khairulanuar Manshor telah membuat kiasan antara ilmu dan dadah dalam artikel yang bertajuk jika ilmu itu adalah dadah.Beliau mengaitkan bagaimana pentingnya dadah bagi penagihnya akan tetapi pada masa kini ilmu seolah-olah dipandang enteng dan remeh bagi semua orang.

Dadah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam masyarakat kita kerana setiap golongan tidak kira muda atau tua, hatta kanak-kanak mengetahuinya kerana publisiti besar-besaran diberikan kepadanya.Mereka yang menggunakan dadah kebanyakannya bermula akibat didorong oleh godaan rasa ingin tahu dan keinginan melakukan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Statistik terkini menunjukkan setiap 25 minit, akan lahir seorang penagih dadah yang baru. Bagi yang terjebak dengan dadah, untuk berhenti amatlah payah. Walaupun sudah keluar masuk beberapa kali dari pusat serenti, kebanyakkan yang pernah terjebak tetap tegar. Begitu hebat penangan dadah.

Jika dadah yang bukan menjadi keperluan dalam hidup boleh memberi impak yang besar kepada semua pihak, mengapa ilmu yang menjadi keperluan tidak sedemikian rupa?.

Semua orang tahu apa itu ilmu tetapi ramai yang terkeliru antara maksud ilmu, maklumat dengan kemahiran. Ada yang mengatakan buku itu adalah ilmu, perpustakaan adalah sumber ilmu dan membaca menambah ilmu. Sedangkan yang sebenarnya ilmu adalah apabila apabila kita dapat memahami segala maklumat yang diperolehi hasil pembacaan, penglihatan dan pendengaran. Berbeza denngan Nabi Muhammad s.a.w yang memperolehi ilmu melalui wahyu Ilahi, buku dan perpustakaan itu adalah sumber maklumat dan membaca akan menjadi ilmu jika difahami isinya. Ilmu akan menjadi ‘masak’ jika diperdalami dan diamalkan. Secara ringkasnya, ilmu = mengetahui + menguasai + mengamali.

Bezakanlah bagaimana hebatnya usaha seorang penagih mencari bekalan dadahnya, berbanding cara seorang pelajar menuntut ilmunya. Seorang penagih sanggup bermati-matian sehingga tergamak mencuri dan membunuh semata-mata mahu mandapat sedikit bekalan dadah. Ada juga berlaku kes isteri dan anak dilacurkan hanya kerana si suami atau bapa mahu melepaskan gian dadah. Bayangkan betapa dasyatnya usaha yang dilakukan oleh penagih dadah ini. Hal ini amat bertentangan kesungguhan cara seorang pelajar dalam mencari ilmu.

Lihatlah betapa kreatifnya penagih dadah mengembangkan penggunaan dadah. Pelbagai cara vang digunakan asalkan diri mereka dapat ‘melihat keindahan syurga’. Adakah sikap begini ada dalam diri pelajar yang mendabik dada mengatakan mereka cerdik dan pintar? Mungkin ada tetapi bilangannya mungkin terlalu sedikit. Yang banyak ialah pelajar yang menelan ilmu yang disuapkan oleh pensyarah. Kalau makanan yang ditelan itu akan menghasilkan zat untuk diserap badan atau mengeluarkan tinja, suapan pensyarah itu hanya dikeluarkan pada kertas-kertas peperiksaan sahaja. Realiti yang berlaku, banyak graduan universiti gagal menunjukkan kecemerlangan ketika berkhidmat walaupun amat cemerlang di alam universiti.


[+] Seterusnya

Tuesday, August 14, 2007

Mengapa Minda Milenia…?

Inspirasi dari dua majalah yang selalu saya ‘kelek’ dan ‘belek’ dimana saja terdapat masa terluang. Dua majalah inilah yang menjadi penyejuk minda saya setelah penat dengan bahan-bahan bacaan yang agak berat dari sudut perbahasannya. Dengan dua majalah inilah juga saya sentiasa tilik untuk dikeluarkan maklumat-maklumat yang penting sebagai bahan tambahan ketika saya berbincang dengan pelajar saya didalam kuliah.

MINDA merupakan satu majalah ilmiah yang kreatif, lahir daripada jaringan majalah yang bernaung di bawah Karangkraf Publications SDN.BHD.Terpaut dengannya setelah menatap buat pertamakali diawal terbitannya, hati saya cukup segar dengan hidangan artikel yang terkandung didalamnya. Apatah lagi kolumunisnya terdiri daripada meraka-mereka yang cukup terserlah idealis masing-masing.

MILENIA MUSLIM satu terbitan ilmiah yang bernaung dibawah Yayasan dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Tidak kurang hebatnya persembahan ilmiah yang terhidang disetiap helain majalah ini, membuatkan hati saya ketagih pada ilmu yang disuntik pada setiap keluaran terbaru.Santai serta bermaklumat pada setiap topik perbincangan memjadikan saya memilih majalah ini sebagai pengganti kepada majalah MINDA yang penerbitannya sepi tanpa berita.

Tercetus idea di minda untuk mengadaptasikan dua majalah ini sebagai ikon pengenalan kepada blog saya ini. Tidak salah rasanya jikalau saya singkapkan kembali idea yang tertanam di dalam kedua-dua majalah ini buat tatapan umum bagi sahabat-sahabat yang bertamu di halaman MINDA MILENIA yang masih mentah ini.

[+] Seterusnya

Monday, August 13, 2007

FOKUS MINDA : Proses Sekularisasi Ilmu


Type your summary hereSepanjang zaman Pertengahan di Eropah, yang dikatakan bermula dengan kejatuhan Rom Barat pada tahun 476 M, hingga kejatuhan Kostentinapel pada tahun 1453 di tangan Turki Uthmaniayah, dunia Barat mengalami zaman kegelapan (Dark Ages) dalam segenap segi, baik dari segi fizikal mahupun dari segi mentalnya. Namun di celah-celah kegelapan dan kemunduran Eropah inilah bermulanya domonasi orsng-orang Yahudi dalam kegiatan ekonomi terutamanya sebagai pemiutang (money-lenders) dan peniaga hamba abdi. Memang orang-ornag Yuhudi sudah banyak menimbulkan masalah sejak kebangkitan Kristian pada zaman Rom lagi, tetapi baru zaman pertengahan inilah kegiatan mereka baru meluas.

Dalam suasana serba mundur inilah dunia Eropah mengadakan perhubungan ilmiah dengan dunia Islam, yang ketika itu sedang dalam zaman keagungannya. Melalui perhubungan baik secara aman mahupun secara peperangan, iaitu melalui Perang Salib (1095-1291), hasilnya dunia barat mual membuka mata, setelah tidur sekian lama. Kebangkitan Barat melalui proses yang cukup panjang dan berliku-liku. Namun arah perkembangannya tetap satu, iaitu suatu proses sekularisasi ilmu dan kehidupan, yang didalangi oleh kaum Yahudi dengan menggunakan pelbagai cara dan tipu muslihat. Sebenarnya pada awal Perang Salib inilah, iaitu pada tahun 1099 tertubuhnya gerakan Yahudi pertama, The Priory of Sion yang antara anggota-anggotanya ialah tokoh Rainasanse sendiri.

Pada peringkat awalnya kebangkitan Barat muncul melalui gerakan Ranaisans di Itali pada abad ke-15. gerakan pemulihan semula klasik Greek-Rumawi ini didokong oleh tokoh-tokoh yang bersemangat humanisme Kristian. Tetapi dalang sebenar dibelakangnya ialah gerakan Yahudi, The Priory of Sion yang antara tokoh utamanya ialah Leonardo da Vinci. Gerakan Ranaisans diikuti oleh gerakan Refomasi pada abad ke-16 yang melahirkan mazhab Protestan. Gerakan ini bukan sahaja dipimpin oleh tokoh-tokoh Yahudi seperti Martin Luther (1483-1546) dan John Calvin (1509-1564) bahkan di dokong oleh putera-putera raja di Benua Eropah.

Jika di suatu pihak proses sekularisasi ilmu dan kehidupan bergerak secara sederhana melalui gerakan Renaisans dan Reformasi, maka di pihak lain ia berjalan secara redikal melalui revolusi yang juga didalangi oleh golongan Yahudi. Yang terpenting sekali ialah Revolusi Sains yang berlangsung antara tahun 1500-1700, yang dirangcang dan dilaksanakan oleh puak Yahudi baik secara individu mahupun secara organisasi. Tokoh-tokoh yang menonjol dalam Revolusi Sains ini cukup banyak.cuma yang disebut di sini merupakan tokoh-tokoh utama yang ada hubungan keahlian dengan gerakan Yahudi baik secara langsung mahupun tidak langsung.

1. Copernicus (1473-1543) seorang ahli astronomi Poland, kemasyhurannya ialah pada gugatannya terhadap teori geosentrik oleh Aristotle dan Ptolemy, iaitu bumi sebagai pusat alam (earth-centred cosmos) di mana benda-benda langit semuanya berputar mengelilinginya. Tetapi bagi Conpernicus yang menyarankan teori heliosentrik, mataharilah yang sebenarnya pusat alam (sun-centred cosmos) iaitu bumilah yang berputar mengelilingi matahari.

2. Galileo Galilie (1546-1642) seorang profesor matematik dan astronomi Itali. Galileo telah berjaya menggugat teori kosmologi Aristotle yang menjadi pegangan gereja. Bagi gereja, teori bahawa bumi sentiasa bergerak adalah bertentangan dengan teori kestabilan bumi, yakni bumi yang tetap dan tidak bergerak seperti ajaran Bible. Galileo juaga berjaya membuktikan bahawa permukaan bulan dan matahari tidaklah seindah dan selicin seperti ajaran gereja,sebaliknya berbukit bukau dan bergunung ganang seperti juga permukaan bumi.

3. Francis Bacon (1561-1626) seorang tokoh falsafah. Mengenai Bacon, perbahasan tentangnya tidak dapat tidak harus dikaitkan dengan falsafah politik Plato dalam bukunya, Republik tentang konsep negara utama. Dalam karyanya The New Atlantis Bacon mengkhayalkan sebuah pulau impian yang ideal. Bacon lebih menekankan kemajuan sains sebagai ciri tamadun yang sebenar, iaitu melalui rekaan-rekaan baru, teknik-teknik saintifik, penemuan sebab-sebab penyakit dan pengubatannya untuk melanjukkan usia.

4. Renes Descartes (1596-1650), beliau dianggap sebagai pengasas falsafah Barat moden, dan tokoh rasionalis besar yang menggunakan kaedah matematik dan geometri analitik dalam analisisnya terhadap semua disiplin ilmu. Kemasyhurannya ialah pada falsafah sangsinya (Cartesian doubt) yakni bersikap ragu-ragu terhadap kewujudan semula sesuatu hingga kepada kewujudan diri sendiri. Hanya satu perkara sahaja yang tidak diragui, iaitu fakta bahawa dia sedang ragu-ragu dalam fikiranya.

5. Isaac Newton (1642-1727) merupakan seorang pakar optik dan matematik juga masyhur sebagai seorang ahli falsafah makanikal. Dalam bidang optik, beliau menemui sifat cahaya putih yang ada dalam pelangi itu sebenarnya merupakan gabungan tujuh warna sinar. Dalam bidang matematik sumbangannya yang utama ialah penciptaan kalkulus integral. Dan terutama sekali dalam bidang mekanik, namanya cukup terkenal sebagai penemu hukum graviti alam atau daya tarikan bumi dan planet-planet lain di alam semesta. Hasil daripada sumbangannya itu menjadikan bidang sains yang sebelumnya tidak tersusun lalu terbentuk sebagai suatu sistem hukum kesatuan (Unified system of laws) yang membolehkan kita membuat ramalan-ramalan sains yang tepat.

Seperti yang dinyatakan sebelumnya, disamping peranan secara individu proses sekularisasi yang dirancangkan oleh golongan Yahudi juga dijalankan melalui organisasi. Antara organisasi-organisasi yang terpenting sekali ialah The Rosicrucian (Rosy Cross), the Royal Society of London, Freemason,dan Illumunati. Mengenai kumpulan The Rosicrucian, ia berasaskan pemikiran esoterik Kristian Rosenkreutz lahir 1378 dan karya-krya seorang pengikut Martin Luther dari Jerman iaitu John Valentin Andreas (1589-1647). Kumpulan Rosy Cross (Order of The Rosy Cross) ini sebenarnya bergerak secara rahsia sebagai "Invisible College".oleh kerana hubungannya yang rapat dengan golongan Protestan lalu mereka diusir oleh kerajaan Jerman, dan dari situ mereka melarikan diri ke England. Di England inilah kumpulan Roscrucian, sejak tahun 1620an, bergerak secara rasmi walaupun masih sebagai Invisible College. Antara anggotanya yang terkenal ialah Francis Bacon dan Isaac Newton. Hasil daripada impian Francis Bacon dalam bukunya, The New Atlantis tersebut lalu tahun 1661 kolej rahsia Rosicrucian muncul dialam nyata dengan menggunakan nama The Royal Society of London di bawah naungan Raja Charles 11 (1660-1685). Isaac Newton menyertainya pada tahun 1703 sebagai fellow dan seterusnya sebagai presiden hingga meninggal dunia pada tahun 1727.

Mengenai kumpulan Freemanson pula , ia ditubuhkan secara rasmi di England pada tahun 1717, iaitu dengan tertubuhnya Grand Lodge yang pertama di London pada tahun tersebut. Sedangkan kumpulan Illuminati diasaskan oleh Adam Weishaupt (1748-1830) pada 1 Mei 1776.seorang tokoh besarnya ialah Albert Pike (1809-1891), seorang jeneral Amerika. Di smping kumpulan-kumpulan awal tersebut, pada tahun1884 kaum Yahudi menubuhkan gerakan Zionis yang diasaskan oleh Simha Binker dari Rusia.

Dengan tertubuhnya organisasi-organisasi Yahudi tersebut maka proses sekularisasi di Eropah menjadi lebih tersusun dan menyeluruh. Jika di satu pihak gerakan Yahudi bersifat elitisme dengan menumpukan perhatian terhadap persoalan ilmu dan sains, maka di pihak lain ia lebih meluas kepada persoalan ekonomi dan politik. Melalui kegiatan ekonomi misalnya mereka membantu menyemarakan Revolusi Industri (1760-1850) melalui peranan mereka sebagai pemodal, peminjam wang dan ahli-ahli perniagaan. Bagaimana yang lebih penting ialah peranan Yahudi dalam mencetuskan revolusi-revolusi politik di Eropah pada abad-abad ke 17, 18, 19 dan 20.

Demikianlah kita menyaksikan proses sekularisasi ilmu dan kehidupan yang telah membawa kehancuran di dunia Barat, semuanya adalah hasil konspirasi Yahudi belaka, yang dirancang dan dilaksanakan dengan teliti dan teratur. Ia bukan sekadar satu proses sejarah yang biasa, seperti yang difahami selama ini.

[+] Seterusnya

Saturday, August 11, 2007

Apa Dalam Beg Tangan Wanita

Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita. Sistem badan lelaki dan wanita pun tak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarkan menjadi tenaga.

Kulit lelaki lebih kasar,kulit perempuan lebih halus. Perempuan lebih halus suaranya berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza kerana wanita diciptakan tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan manakala wanita menggunakan pengamatan luas dan membesar.

Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpukan kepada sesuatu objek. Manakala pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka dan menampakkan sesuatu benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.

Di dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan wanita ada dompet duit, kad kredit, buku bank,buku cek, alatan mekap, cermin,sikat,tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon dan macam-macam lagi. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka. Apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki, cukup dengan lesen dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli dan lesen untuk memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu tidak hairanlah apabila suami isteri melihat banyak perkara secara berbeza. Contohnya suami isteri yang kedua duanya berkerja, mereka terpaksa keluar dari awal pagi.

Dalam banyak hal, wanita berkerja paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah,yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu suami. Matlamat mereka ke pejabat. Mana kala isteri memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa yang hendak ambil, anak belum pakai baju lagi. Kalau boleh dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya. Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan isteri ke kompleks membeli belah, si isteri apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia lihat banyak benda dahulu. Satu persatu, perlahan- lahan, dari atas ke bawah, kain itu dipegang, diperhatikan, diselkan, kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagai lelaki apabila hendak membeli sesuatu,terus tuju ke tempat yang hendak dibeli dan terus membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukan wanita mengamati sesuatu yang berbeza daripada lelaki. Sebab itu jangan bergaduh selepas membeli-belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri pula jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mahu mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan pelbagai lagi untuk di bawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya saling bantu- membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang, jangan disebabkan oleh perbezaan pada cara berkasih sayang antara seorang lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh-puluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita, maka kita lebih berkasih sayang.kerana itu, kita berbeza supaya lebih sayang menyayangi.

MINDA November 2003.

[+] Seterusnya

Thursday, August 09, 2007

Yang Maha....... dimilikiNya











Segala pujian bagi Allah nan Maha Esa
Yang Maha Meliputi semesta semua
Yang liputanNya menyangkal bicara
Dan Yang bagiNya tiada suatu pun tara
Maha suci dan Maha murni
Tiada terkitaka mahu pun terisi
Tiada tercurai sebarang peri
Tiada tercapai sebarang budi
Tuhan sarwa alam berganda
Yang mengembang hebat di angkasa
Terpamer indah terjelma nyata
Dan yang terbunyi sunyi dalam rahsia
Yang empunya arash yang Maha Tinggi
Pemilik kuasa yang Maha Kawi
Yang berbuat sekehendak diri
Akan segala sesuatu yang Maha Mengetahui
Yang menjadikan kejadian semesta
Mengandakanya daripada hal tiada
Dengan hanya titah sepatah kata
kemudian memulangkanya kepada asalnya
Yang memperlihatkan di alam tabii
Aneka tandaNya terlalu seni
Dari ufuk berganda ke diri insani
Menyatakan wajahNya Yang Maha 'Ali
meskipun luhurNya jauh terala
Dari segala cita dan rasa dan indera
Namun hampirNya begitu mesra
Lebih akrab dari aku dan kita


Syed Muhammad Naquib Al-Attas

[+] Seterusnya

Wednesday, August 08, 2007

Kalam Syukur

Alhamdulillah seribu kesyukuran dihamparkan kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang diatas anugerah yang dikurniakan Nya. Kesyukuran dipanjatkan diatas kehendak Nya, mampu juga saya siapkan satu medan bagi saya untuk bejinak-jinak dalam bidang penulisan.

Teruja dengan semangat yang dipamerkan oleh sahabat seperjuangan disamping hasrat yang mendalam di sudut hati untuk memulakan hobi baru dalam penulisan tercetus idea untuk mencipta satu blog sebagai medium awal kepada hobi baru ini.

Walaupun diri ini mengerti medan penulisan memerlukan satu mujahadah yang tinggi disamping ilmu yang dimiliki sekelumit cuma, harus juga ditanam tekad bagi diri untuk seiring dengan sahabat lain yang lebih terkehadapan dalam bidang ini.

Kesyukuran diucapkan kepada Ilahi atas anugerah sahabat-sahabat yang tidak jemu untuk mengembangluaskan lagi ilmu yang yang dicapai dengan pelbagai kemahiran. Semoga usaha sahabat-sahabat sekalian menjadi contoh bagi mereka yang bergelar pecinta ilmu.

Akhir kalam selamat membaca bagi teman-teman yang sudi meluangkan masa ke halaman MINDA MILENIA yang mengharapkan teguran dan pandangan daripada sahabat sekalian.

Jazakallah

[+] Seterusnya