Tuesday, August 14, 2007

Mengapa Minda Milenia…?

Inspirasi dari dua majalah yang selalu saya ‘kelek’ dan ‘belek’ dimana saja terdapat masa terluang. Dua majalah inilah yang menjadi penyejuk minda saya setelah penat dengan bahan-bahan bacaan yang agak berat dari sudut perbahasannya. Dengan dua majalah inilah juga saya sentiasa tilik untuk dikeluarkan maklumat-maklumat yang penting sebagai bahan tambahan ketika saya berbincang dengan pelajar saya didalam kuliah.

MINDA merupakan satu majalah ilmiah yang kreatif, lahir daripada jaringan majalah yang bernaung di bawah Karangkraf Publications SDN.BHD.Terpaut dengannya setelah menatap buat pertamakali diawal terbitannya, hati saya cukup segar dengan hidangan artikel yang terkandung didalamnya. Apatah lagi kolumunisnya terdiri daripada meraka-mereka yang cukup terserlah idealis masing-masing.

MILENIA MUSLIM satu terbitan ilmiah yang bernaung dibawah Yayasan dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Tidak kurang hebatnya persembahan ilmiah yang terhidang disetiap helain majalah ini, membuatkan hati saya ketagih pada ilmu yang disuntik pada setiap keluaran terbaru.Santai serta bermaklumat pada setiap topik perbincangan memjadikan saya memilih majalah ini sebagai pengganti kepada majalah MINDA yang penerbitannya sepi tanpa berita.

Tercetus idea di minda untuk mengadaptasikan dua majalah ini sebagai ikon pengenalan kepada blog saya ini. Tidak salah rasanya jikalau saya singkapkan kembali idea yang tertanam di dalam kedua-dua majalah ini buat tatapan umum bagi sahabat-sahabat yang bertamu di halaman MINDA MILENIA yang masih mentah ini.

No comments: