Thursday, August 09, 2007

Yang Maha....... dimilikiNya











Segala pujian bagi Allah nan Maha Esa
Yang Maha Meliputi semesta semua
Yang liputanNya menyangkal bicara
Dan Yang bagiNya tiada suatu pun tara
Maha suci dan Maha murni
Tiada terkitaka mahu pun terisi
Tiada tercurai sebarang peri
Tiada tercapai sebarang budi
Tuhan sarwa alam berganda
Yang mengembang hebat di angkasa
Terpamer indah terjelma nyata
Dan yang terbunyi sunyi dalam rahsia
Yang empunya arash yang Maha Tinggi
Pemilik kuasa yang Maha Kawi
Yang berbuat sekehendak diri
Akan segala sesuatu yang Maha Mengetahui
Yang menjadikan kejadian semesta
Mengandakanya daripada hal tiada
Dengan hanya titah sepatah kata
kemudian memulangkanya kepada asalnya
Yang memperlihatkan di alam tabii
Aneka tandaNya terlalu seni
Dari ufuk berganda ke diri insani
Menyatakan wajahNya Yang Maha 'Ali
meskipun luhurNya jauh terala
Dari segala cita dan rasa dan indera
Namun hampirNya begitu mesra
Lebih akrab dari aku dan kita


Syed Muhammad Naquib Al-Attas

No comments: