Wednesday, August 08, 2007

Kalam Syukur

Alhamdulillah seribu kesyukuran dihamparkan kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang diatas anugerah yang dikurniakan Nya. Kesyukuran dipanjatkan diatas kehendak Nya, mampu juga saya siapkan satu medan bagi saya untuk bejinak-jinak dalam bidang penulisan.

Teruja dengan semangat yang dipamerkan oleh sahabat seperjuangan disamping hasrat yang mendalam di sudut hati untuk memulakan hobi baru dalam penulisan tercetus idea untuk mencipta satu blog sebagai medium awal kepada hobi baru ini.

Walaupun diri ini mengerti medan penulisan memerlukan satu mujahadah yang tinggi disamping ilmu yang dimiliki sekelumit cuma, harus juga ditanam tekad bagi diri untuk seiring dengan sahabat lain yang lebih terkehadapan dalam bidang ini.

Kesyukuran diucapkan kepada Ilahi atas anugerah sahabat-sahabat yang tidak jemu untuk mengembangluaskan lagi ilmu yang yang dicapai dengan pelbagai kemahiran. Semoga usaha sahabat-sahabat sekalian menjadi contoh bagi mereka yang bergelar pecinta ilmu.

Akhir kalam selamat membaca bagi teman-teman yang sudi meluangkan masa ke halaman MINDA MILENIA yang mengharapkan teguran dan pandangan daripada sahabat sekalian.

Jazakallah

1 comment:

Abu Urwah Dan Ummu Hana' said...

Satu permulaan yg baik.Sibuk2 pun sempat, hebat ni..

Ni dah boleh kira yg betul dah.Kalau org baca tentu teruja hehe. Boleh dah nk sebarkan ke org lain.

Ok, jumpa lagi, dh tak tahan mengantuk ni hehe wslm