Wednesday, October 31, 2007

Yang Berakhir Dengan huruf 'T'

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa. Cukup menarik untuk di hayati, dalam berseloka ada pengajaran yang berguna. Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar



Assalamualaikum... Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini. Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT pada setiap masa dan ketika. Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat. TETAPI AWAS!!! Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat. Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat.. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat.. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa
dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! . Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sendiri mau ingat. Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat....? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat!)










[+] Seterusnya

Tuesday, October 30, 2007

Ikhtilaf Umatku Adalah Rahmat????

Hati saya tertarik dengan satu perbahasan pendek ketika membelek-belek buku karangan Dr Basri Ibrahim yang bertajuk Khilafiah, Bidaah dan Maslahah Umum. Sebuah buku yang telah lama berada dalam koleksi buku-buku simpanan saya. Kembali menatapnya setelah sekian lama tersusun rapi di rak bersama beberapa buku yang lain, itu pun kebetulan anak saya yang sulung mengeluarkan dari susunan tersebut untuk di jadikan al-Quran setelah melihat saya membaca al-Quran dengan sebuah mushaf di tangan.

Dalam perbahasan yang cukup daqiq (mendalam) tentang masalah khilafiah yang tidak bernoktah itu, pengarang cuba membuka haluan minda dengan satu hadith yang sering kali menjadi hujah dalam perbincangan berkenaan qadhiah khilafiah sama ada yang pro mahupun yang kontra. Sebuah hadith yang biasa digunakan bagi menunjukkan “perselisihan pendapat adalah rahmat” merupakan hadith yang sentiasa meniti di bibir kita iaitu hadith :

إِخْتِلاَفُ أُمَّتِى رَحْمَةٌ

Ertinya

“ Ikhtilaf umatku adalah rahmat”.



Hadith ini tidak sahih dari segi sanad dan matannya, bahkan ia merupakan hadith Mungkar lagi Daif. Berbagai ulama’ telah mengulas kedudukan hadith ini. Sesetengahnya menganggap tidak ada asas sama sekali. Al-Imam An-Nawawi menakalkan dari Al-Imam As-Subki, hadith di atas tidak diketahui kedudukannya di kalangan ahli-ahli hadith, malah ia tidak di dalam mana-mana sanad hadith yang Sahih, daif mahupun Maudhu’. Ini diakui oleh asy-Syeikh Zakaria Al-Ansori dalam komentar beliau terhadap tafsir Al-Baidhawi.

Selaian itu makna hadith ini juga diingkari di sisi ahli-ahli tahqiq di kalangan ulama’. Ibn Hazm umpamanya menyebut di dalam kitabnya Al-Ahkam fi Asul al-Ahkam selepas menjelaskan yang hadith di atas bukanlah hadith;

Ucapan ini adalah sefasad-fasad ucapan, kerana andaikata perselisihan itu di anggap sebagai rahmat, nescaya persepakatan adalah kemurkaan. Perkara ini tidak diperkatakn oleh mana-mana muslim pun. Kerana itu yang betulnya ialah persepakatan. Jika tidak persepakatan, sudah tentu perselisihan atau ikhtilaf. Begitu juga rahmat , jika tidak benar, sudah tentu kemurkaan.” Ujar beliua seterusnya ; ‘ Hadith ini adalah batil lagi dusta.”

Ujar asy-Syeikh Nasaruddin al-Bani

“ Perselisihan atau ikhtilaf adalah satu perkara yang keji di dalam syari’ah. Ia wajib di hindari sedaya mungkin, kerana ia merupakan punca kelemahan umat Islam sebagaimana Firman Allah SWT:

وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ َ

Ertinya:

“ Dan Janganlah kamu berbantah-bantahan, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah dan hilang kekuatan Kamu………”

(Al-Anfal : 46)

Menyetujui dan menamakannya sebagai rahmay bercanggah dengan ayat Al-Quran yang jelas mencelanya. Tidak ada sandaran dalam masalah ini, kecuali hadith yang lalu yang tidak ada asas sama sekali.

Ibn Hazm menjelaskan mengenai perselisihan yang berlaku di kalantgan sahabat, padahal mereka merupakan generasi umat Islam yang paling ulung. Kesemua mereka meniti jalan Allah sudut pandangan mereka yang benar. Yang terslah dari kalangan mereka mendapat satu pahala kerana niatnya yang bersih bertujuan kebaikan. Dosa diangkatkan dari mereka walaupun mereka tersalah perhintungan. Ini kerana mereka tidak sengaja berbuat demikian dan tidak mengqasadkannnya. Mereka pula tidak memandang ringan kepada usaha mereka. Yang betul dari kalangan mereka pula, mendapat dua pahala. Begitulah kedudukan setiap muslim sehinggalah kehari kiamat dalam menghadapi perkara yang rumit dalam agama dan tidak terdapat keterangan yang jelas yang sampai kepadanya.

Kesimpulanya di sisi ulama’ salaf perselisihan pendapat itu sendiri bukanlah rahmat, malah Al-Kitab dab As-Sunnah menegji perselisihan ini. Ujar Ibn Mas’ud:

الخلافُ شرٌّ.

“perselisihan itu adalah keburukan”.

Maksud perselisihan tersebut disisi mereka ialah orang-orang yang terlibat dirahmati oleh Allah. Dengan kata laian perkataan sesiapa yang berijtihad untuk sampai kepada kebenaran dan tidak melamapau batas, bermakna ia telah menunaikan apa yang telah diwajibkan ke atasnya. Jika ia bersalah, ia mendapat satu pahala,jika betul, ia mendapat dua pahala sebagaimna yang dijelaskan oleh hadith sahih.

Ikhtilaf itu sendiri bukanlah rahmat apalagi untuk dituntut melakukannya menurut pandangan syara’, sebagaimana yang disalahfahamkan oleh sesetengah kalanagn yang tidak memahami ucapan ahli ilmu. Golongna yang memerah tenaga bagi menyampaikannya kepada kebenaran, mengikut ilmu dan kudrat yang ada padanya tidak akan diazab. Kebenaran itu satu, tidak berbilang-bilang. Kewujudan ikhtilaf sepertiini hanya hanya berkaitan dengan hikmah kauniyah sahaja tetapi tidak melibatkan hikmah syari’ah. Yang ditutu di sisi syarak ialah bersatu sedapat mungkin dan mencari kebenaran mengikut kemampuan yang ada.

Semoga kepada sahabat yang bertamu, yang memiliki pengatahuan dan maklumat yang luas dalam qadhiah ni dapat memberi komentar, ulasan dan pandangan agar kita sama- sama mendapat manfaat daripada ilmu Allah yang tidak bersempadan ini.

[+] Seterusnya

Wednesday, October 24, 2007

Budaya Menyintai Ilmu Yang Kian Tandus

Satu komentar yang menarik di ruangan bingkisan dalam majalah Melinia Muslim keluaran November 2007 yang menyelitkan salah satu pandangan seorang peminat setianya, Menyentuh mengenai ketandusan memupuk budaya ilmu dikalangan masyarakat Islam pada hari ini. Saya pernah membaca satu makalah yang di karang oleh Profesor Dr Wan Mohd Nor Wan Daud yang bertajuk Budaya Ilmu.. Konsep, Prasyarat dan perlaksanaan di Malaysia. Walaupun ringkas perbahasannya namun kandungannya penuh dengan maklumat yang berguna.

Menurut Prof. Budaya ilmu antara lain bermaksud kewujudan satu keadaan yang setiap lapisan masyarakat melibatkan diri , baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam kegiatan keilmuan. Dalam budaya Ilmu ini, Ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam system nilai peribadi masyarakat di setiap peringkat.

Natijahnya, segenap masyarakat akan memberi keutaman, bantuan, kemudahan dan pengiktirafan yang tinggi kepada individu atau institusi yang melibatkan diri mencari dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Diri dan masyarakat berbudaya ilmu akan membenci serta menolak pandangan, pernyataan dan amalan yang tidak berasaskan kebenaran ilmu.



Tentunya matlamat pembudayaan ilmu ialah untuk melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan mendaulatkan kebenaran seraya meletakkan martabat ilmu di tempat tertinggi dalam sistem nilai hidup mereka.

Imam al-Ghazali telah merakamkan pandangan Ibnu Mubarak yang tidak memasukkan manusia yang tidak berilmu dalam golongan manusia. Mulianya manusia bukanlah disebabkan oleh kekuatan dirinya, kerana unta itu lebih kuat dan gagah daripada manusia. Bukanlah pula kerana besar badannya, kerana badan gajah itu lebih besar daripada manusia. Tidaklah pula kerana banyak makannya, kerana perut lembu itu lebih besar daripada perut manusia. Hakikatnya, manusia itu hanya menjadi menjadi manusia dan dinilai mulia sebagai manusia adalah kerana ilmu.

Di Dalam al-quran terdapat lebih 700 kalimah ‘ilmu’ (termasuk kalimah-kalimah lain yang terbit daripadanya seperti a’lama [عالم], ‘allama [علْم], Ya’lamun [يعلمون ], ma’lum [معلوم ], ‘alim[علْم ], ‘ulama [علماء ], ‘aliman [عالما ], ‘ilman [علما ]dan sebagainya)

Kitab-kitab hadith seperti Shahih Bukhari, Shahih Muslim dan Jami’ al-Tirmizi banyak menukilkan sabdaan Rasulullah s.a.w. tentang ilmu. Kepentingannya serta kemulian orang yang menuntut ilmu. Kitab Muwattho’ Imam Malik juga turut menukilkan sebuah athar daripada Luqman al-Hakim yang menyeru anaknya supaya melazimi majlis-majlis ilmu dengan berkata : “ bergaullah dengan para ulama, sesakkanlah majlis-majlis mereka dengan rapatnya lutut-lutut kamu, kerana Allah menghidupkan hati-hati dengan cahaya ilmu sebagaimana Dia menghidupkan bumi dengan air hujan.”

Malah Imam al-Ghazali sendiri meletakkan satu bab khusus tentang ilmu sebagai bab pertama di dalam kitabnya yang agung iaitu kiatab Ihya’ Ulum al-Din. Inilah buktinya betapa para ulama silam begitu gigih bergelumang dengan ilmu., bukan sahaja dalam gerak laku peribadi mereka tetapi juga dalam hasil-hasil penulisan mereka melangkaui zaman sehingga ke hari ini.

Agenda Ilmu dan pembudayaan merupakan perkara besaryang wajar diberi focus utama oleh para penuntut ilmu Allah atau mahasiswa Islam. Kepentingan dapat kita terjemahkan di dalam al-Quran berdasarkan firman Allah yang menjelaskan bahawa ilmu adalah syarat utama bagi membolehkan manusia menjadi khalifah serat memikul amanah khalifahannya (surah al-Baqarah; 30-31).

Mahasiswa yang menhidupkan budaya Ilmu adalah mahasisiwa yang berjiwa ilmu. Mereka menjadikan ilmu-ilmu Allah bernadi di hati, bergerak bersam diri serta disebarkan demi manfaat insani. Jika tidak mereka tidak layak digelar mahasiswa. Mereka hanyalah “mahasiswa palsu” yang kaku, lesu dan bisu dengan ilmu.

Di pengakhiran makalah Budaya Ilmu.. Konsep, Prasyarat dan perlaksanaan di Malaysia satu konkulusi yang menarik dilontarkan oleh Profesor Dr wan mohd Nor hasil garapan pemikiran beliau pada maslah ini, beliau menyatakan pembinaan budaya ilmu bukanlah stu impian, ataupun stu kemewahan individu dan bangsa yang telah maju. Sebaliknya penghayatan budaya ilmu baik di peringkat individu ataupun masyarakat merupakan prasyarat utama kejayaan dan kebahagian.

[+] Seterusnya

Tuesday, October 23, 2007

Kaifa haa lak??


Assalamualaikum

Ape khabar sahabat sekalian?? Ape khabar dengan sambutan raya?? Semoga
kegembiraan raya yang disambut tidak menghapuskan ingatan kita kepada segala pelajaran, latihan, ujian yang kita hadapi sepanjang ramadhan yang lalu.Alhamdulillah seribu kesyukuran saya panjat kepada Allah kerana anugerahnya,saya diberikan sedikit masa untuk mencoret sesuatu untuk blog saya ini.

Setelah terumbang ambing selama dua minggu dalam usaha mempersiapkan ‘input’ yang terakhir bagi para pelajar saya sebelum mereka bertarung dalam 'final exam' yang mereka tempuhi sejurus selepas cuti sambutan hari raya. Penat rasanya.. kerana dalam kekalutan memrencanakan persiapan syawal dan persediaan peperikasaan, membuatkan minda saya hilang tumpuan pada entri untuk blog saya ni.

Syukur rasanya kerana sekarang ni saya diizinkan oleh Allah untuk merasa sedikit ruang kelapangan bagi mengfokuskan minda saya pada coretan maya yang telah lama direncanakan untuk diluahkan pada dunia ilmiah moden ini. Seribu pengharapan di hasratkan kepada zat yang Maha Esa agar saat yang berharga ini tidak dimatikan dalam masa yang begitu singkat. Terasa bimbang di sudut jiwa, memikirkan kesempatan kelapangan ini entah bila berakhir. Jadi reruang yang berharga ini sebolehnya saya ingin penuhkan dengan hasrat yang makin meresah ni. Insyallah saya cuba usahakan sebolehnya agar saya boleh mengecepi nikmat “kesempatan yang direzekikan-Nya ini”.

Rasanya masih belum terlambat untuk diucapkan pada sahabat-sahabat sekalian atas sambutan hari yang penuh barakah kegembiraan ini dengan doa:

كل عام و أنتم بخير

SELAMAT HARI RAYA!!!!














Type rest of the post here

[+] Seterusnya

Tuesday, October 02, 2007

Al Faatihah...

Tiga beranak maut setelah kereta dinaiki bertembung lori

MARANG 30 Sept. - Tiga beranak maut setelah kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 46, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan awal pagi tadi.

Kemalangan ngeri yang berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi itu, merupakan yang kedua berlaku di jalan yang sama dalam tempoh dua hari, selepas kemalangan maut melibatkan tiga buah kenderaan meragut lima nyawa, termasuk empat beranak, di Kilometer 24, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Abdul Rahim Md Din berkata, mereka yang terkorban ialah pemandu kereta Proton Saga Mohd Azlisyam Mohd Noor, 24; ibunya Maimunah Ahmad, 50; dan adik bongsunya Suriani Mohd Noor, 18.

“Ketiga-tiga beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Kertih 2, Paka, Dungun selepas berbuka puasa di rumah kakak sulung Azlisyam, Noor Hayati, 28, di Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu.

Sumber Utusan Malaysia 30 september 2007



Suriani Mohd Noor adalah salah seorang pelajar di kolej yayasan Terengganu dalam jurusan pra diploma sains. Semalam sempat saya mengikuti rombongan kolej ke rumah arwah di Felda Kerteh 2 ,di Ketengah Jaya Dungun. Suasana hiba menyelubungi keluarga beliau apatah lagi ahli keluarganya yang tinggal hanyalah 2 orang sahaja iaitu kakak yang sulung dan kakak yang ke-3.

Saya sempat berbual-bual dengan kakaknya yang begitu tabah menghadapi ujian yang begitu berat ini. Sambil menahan linangan airmata mengalir, kakaknya menceritakan sebelum kejadian berlaku , Suriani ada menceritakan tentang kelebihan mati ketika puasa apatah lagi dalam bulan ramadhan yang beliau dengar daripada salah seorang ustaz di kolej katanya. Beliau menyatakan sebolehnya beliau ingin mengecapi nikmat tersebut.

Al faatihah kepada arwah Suriani Mohd Noor semoga roh nya di cucuri rahmat Allah s.w.t dan di tempatkan bersama-sama orang yang di kasihiNya. Amin.

[+] Seterusnya