Tuesday, October 02, 2007

Al Faatihah...

Tiga beranak maut setelah kereta dinaiki bertembung lori

MARANG 30 Sept. - Tiga beranak maut setelah kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 46, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan awal pagi tadi.

Kemalangan ngeri yang berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi itu, merupakan yang kedua berlaku di jalan yang sama dalam tempoh dua hari, selepas kemalangan maut melibatkan tiga buah kenderaan meragut lima nyawa, termasuk empat beranak, di Kilometer 24, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Abdul Rahim Md Din berkata, mereka yang terkorban ialah pemandu kereta Proton Saga Mohd Azlisyam Mohd Noor, 24; ibunya Maimunah Ahmad, 50; dan adik bongsunya Suriani Mohd Noor, 18.

“Ketiga-tiga beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Kertih 2, Paka, Dungun selepas berbuka puasa di rumah kakak sulung Azlisyam, Noor Hayati, 28, di Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu.

Sumber Utusan Malaysia 30 september 2007



Suriani Mohd Noor adalah salah seorang pelajar di kolej yayasan Terengganu dalam jurusan pra diploma sains. Semalam sempat saya mengikuti rombongan kolej ke rumah arwah di Felda Kerteh 2 ,di Ketengah Jaya Dungun. Suasana hiba menyelubungi keluarga beliau apatah lagi ahli keluarganya yang tinggal hanyalah 2 orang sahaja iaitu kakak yang sulung dan kakak yang ke-3.

Saya sempat berbual-bual dengan kakaknya yang begitu tabah menghadapi ujian yang begitu berat ini. Sambil menahan linangan airmata mengalir, kakaknya menceritakan sebelum kejadian berlaku , Suriani ada menceritakan tentang kelebihan mati ketika puasa apatah lagi dalam bulan ramadhan yang beliau dengar daripada salah seorang ustaz di kolej katanya. Beliau menyatakan sebolehnya beliau ingin mengecapi nikmat tersebut.

Al faatihah kepada arwah Suriani Mohd Noor semoga roh nya di cucuri rahmat Allah s.w.t dan di tempatkan bersama-sama orang yang di kasihiNya. Amin.

No comments: