Tuesday, October 30, 2007

Ikhtilaf Umatku Adalah Rahmat????

Hati saya tertarik dengan satu perbahasan pendek ketika membelek-belek buku karangan Dr Basri Ibrahim yang bertajuk Khilafiah, Bidaah dan Maslahah Umum. Sebuah buku yang telah lama berada dalam koleksi buku-buku simpanan saya. Kembali menatapnya setelah sekian lama tersusun rapi di rak bersama beberapa buku yang lain, itu pun kebetulan anak saya yang sulung mengeluarkan dari susunan tersebut untuk di jadikan al-Quran setelah melihat saya membaca al-Quran dengan sebuah mushaf di tangan.

Dalam perbahasan yang cukup daqiq (mendalam) tentang masalah khilafiah yang tidak bernoktah itu, pengarang cuba membuka haluan minda dengan satu hadith yang sering kali menjadi hujah dalam perbincangan berkenaan qadhiah khilafiah sama ada yang pro mahupun yang kontra. Sebuah hadith yang biasa digunakan bagi menunjukkan “perselisihan pendapat adalah rahmat” merupakan hadith yang sentiasa meniti di bibir kita iaitu hadith :

إِخْتِلاَفُ أُمَّتِى رَحْمَةٌ

Ertinya

“ Ikhtilaf umatku adalah rahmat”.



Hadith ini tidak sahih dari segi sanad dan matannya, bahkan ia merupakan hadith Mungkar lagi Daif. Berbagai ulama’ telah mengulas kedudukan hadith ini. Sesetengahnya menganggap tidak ada asas sama sekali. Al-Imam An-Nawawi menakalkan dari Al-Imam As-Subki, hadith di atas tidak diketahui kedudukannya di kalangan ahli-ahli hadith, malah ia tidak di dalam mana-mana sanad hadith yang Sahih, daif mahupun Maudhu’. Ini diakui oleh asy-Syeikh Zakaria Al-Ansori dalam komentar beliau terhadap tafsir Al-Baidhawi.

Selaian itu makna hadith ini juga diingkari di sisi ahli-ahli tahqiq di kalangan ulama’. Ibn Hazm umpamanya menyebut di dalam kitabnya Al-Ahkam fi Asul al-Ahkam selepas menjelaskan yang hadith di atas bukanlah hadith;

Ucapan ini adalah sefasad-fasad ucapan, kerana andaikata perselisihan itu di anggap sebagai rahmat, nescaya persepakatan adalah kemurkaan. Perkara ini tidak diperkatakn oleh mana-mana muslim pun. Kerana itu yang betulnya ialah persepakatan. Jika tidak persepakatan, sudah tentu perselisihan atau ikhtilaf. Begitu juga rahmat , jika tidak benar, sudah tentu kemurkaan.” Ujar beliua seterusnya ; ‘ Hadith ini adalah batil lagi dusta.”

Ujar asy-Syeikh Nasaruddin al-Bani

“ Perselisihan atau ikhtilaf adalah satu perkara yang keji di dalam syari’ah. Ia wajib di hindari sedaya mungkin, kerana ia merupakan punca kelemahan umat Islam sebagaimana Firman Allah SWT:

وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ َ

Ertinya:

“ Dan Janganlah kamu berbantah-bantahan, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah dan hilang kekuatan Kamu………”

(Al-Anfal : 46)

Menyetujui dan menamakannya sebagai rahmay bercanggah dengan ayat Al-Quran yang jelas mencelanya. Tidak ada sandaran dalam masalah ini, kecuali hadith yang lalu yang tidak ada asas sama sekali.

Ibn Hazm menjelaskan mengenai perselisihan yang berlaku di kalantgan sahabat, padahal mereka merupakan generasi umat Islam yang paling ulung. Kesemua mereka meniti jalan Allah sudut pandangan mereka yang benar. Yang terslah dari kalangan mereka mendapat satu pahala kerana niatnya yang bersih bertujuan kebaikan. Dosa diangkatkan dari mereka walaupun mereka tersalah perhintungan. Ini kerana mereka tidak sengaja berbuat demikian dan tidak mengqasadkannnya. Mereka pula tidak memandang ringan kepada usaha mereka. Yang betul dari kalangan mereka pula, mendapat dua pahala. Begitulah kedudukan setiap muslim sehinggalah kehari kiamat dalam menghadapi perkara yang rumit dalam agama dan tidak terdapat keterangan yang jelas yang sampai kepadanya.

Kesimpulanya di sisi ulama’ salaf perselisihan pendapat itu sendiri bukanlah rahmat, malah Al-Kitab dab As-Sunnah menegji perselisihan ini. Ujar Ibn Mas’ud:

الخلافُ شرٌّ.

“perselisihan itu adalah keburukan”.

Maksud perselisihan tersebut disisi mereka ialah orang-orang yang terlibat dirahmati oleh Allah. Dengan kata laian perkataan sesiapa yang berijtihad untuk sampai kepada kebenaran dan tidak melamapau batas, bermakna ia telah menunaikan apa yang telah diwajibkan ke atasnya. Jika ia bersalah, ia mendapat satu pahala,jika betul, ia mendapat dua pahala sebagaimna yang dijelaskan oleh hadith sahih.

Ikhtilaf itu sendiri bukanlah rahmat apalagi untuk dituntut melakukannya menurut pandangan syara’, sebagaimana yang disalahfahamkan oleh sesetengah kalanagn yang tidak memahami ucapan ahli ilmu. Golongna yang memerah tenaga bagi menyampaikannya kepada kebenaran, mengikut ilmu dan kudrat yang ada padanya tidak akan diazab. Kebenaran itu satu, tidak berbilang-bilang. Kewujudan ikhtilaf sepertiini hanya hanya berkaitan dengan hikmah kauniyah sahaja tetapi tidak melibatkan hikmah syari’ah. Yang ditutu di sisi syarak ialah bersatu sedapat mungkin dan mencari kebenaran mengikut kemampuan yang ada.

Semoga kepada sahabat yang bertamu, yang memiliki pengatahuan dan maklumat yang luas dalam qadhiah ni dapat memberi komentar, ulasan dan pandangan agar kita sama- sama mendapat manfaat daripada ilmu Allah yang tidak bersempadan ini.

4 comments:

Anonymous said...

saya setuju dgn penulis....
Cuma nak tambah sedikit disebalik kalam إختلاف أمتي رحمة ketika terbaca buku berkenaan sistem ekonomi islam ader juga menyebut kalam nie...Kalau kita melihat penulis menumpukan kekhilafan atau perbezaan dalam hukum hakam agama...tetapi yg saya nampak seronok pengarang buku ekonomi tersebut menafsirkan kalam tersebut perbezaan umatku dari sudut pekerjaan adalah rahmah...maka jikalau ditafsirkan dari sudut pekerjaan maka tak ader masalah bahkan semua manusia akan menerima hakikat kalam itu....Kalau lah manusia hanya sama dari sudut pekerjaan maka porak peranda lah sistem dunia....saya cukup2 puas hati dgn tafsiran camtu...Wallahu a'lam

Anonymous said...

Jazakallah diatas panadangan anta yang positif, semoga kita sama-sam mendapat manfaat dari ilmu yang luas ini.

Mohd Fauzi Bin Seman said...

Bagaimana x da khilaf kalau berbincang.. kita rujuk kat alquran dan hadis.. khilaf wujud sebab ada perbezaan pandangan.. begitu juga dengan hukum. ada kata kentut waktu ambik wuduk, x perlu ulang wuduk tapi ada y kata boleh teruskan... bagaimana itu.. adakah dalam khilaf, siapa y salah buat pilihan akan masuk neraka?

Unknown said...

Hmm tapi baru2 ni saya ada dengar dalam radio ikim fm ada ustaz yang menggunakan hadis ini