Wednesday, October 24, 2007

Budaya Menyintai Ilmu Yang Kian Tandus

Satu komentar yang menarik di ruangan bingkisan dalam majalah Melinia Muslim keluaran November 2007 yang menyelitkan salah satu pandangan seorang peminat setianya, Menyentuh mengenai ketandusan memupuk budaya ilmu dikalangan masyarakat Islam pada hari ini. Saya pernah membaca satu makalah yang di karang oleh Profesor Dr Wan Mohd Nor Wan Daud yang bertajuk Budaya Ilmu.. Konsep, Prasyarat dan perlaksanaan di Malaysia. Walaupun ringkas perbahasannya namun kandungannya penuh dengan maklumat yang berguna.

Menurut Prof. Budaya ilmu antara lain bermaksud kewujudan satu keadaan yang setiap lapisan masyarakat melibatkan diri , baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam kegiatan keilmuan. Dalam budaya Ilmu ini, Ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam system nilai peribadi masyarakat di setiap peringkat.

Natijahnya, segenap masyarakat akan memberi keutaman, bantuan, kemudahan dan pengiktirafan yang tinggi kepada individu atau institusi yang melibatkan diri mencari dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Diri dan masyarakat berbudaya ilmu akan membenci serta menolak pandangan, pernyataan dan amalan yang tidak berasaskan kebenaran ilmu.



Tentunya matlamat pembudayaan ilmu ialah untuk melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu dan mendaulatkan kebenaran seraya meletakkan martabat ilmu di tempat tertinggi dalam sistem nilai hidup mereka.

Imam al-Ghazali telah merakamkan pandangan Ibnu Mubarak yang tidak memasukkan manusia yang tidak berilmu dalam golongan manusia. Mulianya manusia bukanlah disebabkan oleh kekuatan dirinya, kerana unta itu lebih kuat dan gagah daripada manusia. Bukanlah pula kerana besar badannya, kerana badan gajah itu lebih besar daripada manusia. Tidaklah pula kerana banyak makannya, kerana perut lembu itu lebih besar daripada perut manusia. Hakikatnya, manusia itu hanya menjadi menjadi manusia dan dinilai mulia sebagai manusia adalah kerana ilmu.

Di Dalam al-quran terdapat lebih 700 kalimah ‘ilmu’ (termasuk kalimah-kalimah lain yang terbit daripadanya seperti a’lama [عالم], ‘allama [علْم], Ya’lamun [يعلمون ], ma’lum [معلوم ], ‘alim[علْم ], ‘ulama [علماء ], ‘aliman [عالما ], ‘ilman [علما ]dan sebagainya)

Kitab-kitab hadith seperti Shahih Bukhari, Shahih Muslim dan Jami’ al-Tirmizi banyak menukilkan sabdaan Rasulullah s.a.w. tentang ilmu. Kepentingannya serta kemulian orang yang menuntut ilmu. Kitab Muwattho’ Imam Malik juga turut menukilkan sebuah athar daripada Luqman al-Hakim yang menyeru anaknya supaya melazimi majlis-majlis ilmu dengan berkata : “ bergaullah dengan para ulama, sesakkanlah majlis-majlis mereka dengan rapatnya lutut-lutut kamu, kerana Allah menghidupkan hati-hati dengan cahaya ilmu sebagaimana Dia menghidupkan bumi dengan air hujan.”

Malah Imam al-Ghazali sendiri meletakkan satu bab khusus tentang ilmu sebagai bab pertama di dalam kitabnya yang agung iaitu kiatab Ihya’ Ulum al-Din. Inilah buktinya betapa para ulama silam begitu gigih bergelumang dengan ilmu., bukan sahaja dalam gerak laku peribadi mereka tetapi juga dalam hasil-hasil penulisan mereka melangkaui zaman sehingga ke hari ini.

Agenda Ilmu dan pembudayaan merupakan perkara besaryang wajar diberi focus utama oleh para penuntut ilmu Allah atau mahasiswa Islam. Kepentingan dapat kita terjemahkan di dalam al-Quran berdasarkan firman Allah yang menjelaskan bahawa ilmu adalah syarat utama bagi membolehkan manusia menjadi khalifah serat memikul amanah khalifahannya (surah al-Baqarah; 30-31).

Mahasiswa yang menhidupkan budaya Ilmu adalah mahasisiwa yang berjiwa ilmu. Mereka menjadikan ilmu-ilmu Allah bernadi di hati, bergerak bersam diri serta disebarkan demi manfaat insani. Jika tidak mereka tidak layak digelar mahasiswa. Mereka hanyalah “mahasiswa palsu” yang kaku, lesu dan bisu dengan ilmu.

Di pengakhiran makalah Budaya Ilmu.. Konsep, Prasyarat dan perlaksanaan di Malaysia satu konkulusi yang menarik dilontarkan oleh Profesor Dr wan mohd Nor hasil garapan pemikiran beliau pada maslah ini, beliau menyatakan pembinaan budaya ilmu bukanlah stu impian, ataupun stu kemewahan individu dan bangsa yang telah maju. Sebaliknya penghayatan budaya ilmu baik di peringkat individu ataupun masyarakat merupakan prasyarat utama kejayaan dan kebahagian.

No comments: