Thursday, September 13, 2007

Ayam dan Ramadhan

Peniaga ayam ingkar -- * Harga naik sehingga RM7 sekilo * Melebihi had siling RM5.60

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Kemelut kenaikan harga ayam semakin meruncing apabila para peniaga beberapa pasar besar di seluruh negara tidak mengendahkan amaran kerajaan dengan menaikkan harga ayam melebihi had siling RM5.60 yang ditetapkan, sejak awal minggu ini.
Walaupun Persatuan Peniaga Ayam Itik Perak ‘menggertak’ untuk menaikkan harga ayam daripada RM5.60 kepada RM6.50 mulai Khamis ini, tetapi hakikatnya peniaga-peniaga ayam sudah pun berbuat demikian sejak beberapa hari lalu.
Malah ada aduan sesetengah pasar raya kini mendapat bekalan ayam yang terhad dipercayai sebagai tindakan pembekal untuk ‘memanipulasi’ harga.

Sumber Utusan Malaysia


Sedih…… bimbang………..

Semalam sempat saya bersembang dengan salah seorang pengusaha kedai makan tentang isu harga ayam naik, cukup bimbang lebih-lebih lagi harga naik bila ramadhan menjelma. ‘Berkerut’ dahi si peniaga itu tanda terlalu bimbang ketika meluahkan kebimbangannya dengan situasi kenaikan harga tersebut.

Isu kenaikan harga ayam menjelang ramadhan telah heboh diperkatakan. Dada-dada akhbar tempatan menjadikan isu tersebut sebagai pamparan utama.Dipaparkan pandangan-pandangan segenap lapisan masyarakat ke atas kebimbangan mereka.Bermula di kedai-kedai kopi hinggalah isu ni diperdebatkan di parlimen.Rata-rata tidak setuju dan bimbang dengan situasi tersebut lebih-lebih lagi apabila munculnya ramadhan.

Sedih….. melihat fenomena ini terutamanya melibatkan masyarakat Islam dan melibatkan bulan paling barokah dalam Islam.

Bimbang…. dengan sikap yang dizahirkan oleh umat pada masa kini yang masih lagi leka dengan perkara hidangan dunia daripada hidangan akhirat yang telah disediakan dan dijanjikan oleh Allah taala kepada umatnya pada bulan ramadhan.

Sedih…. melihat kedatangan ramadhan kali ini disambut dengan kebimbangan masyarakat pada perkara yang sepatutnya bukan menjadi isu utama menjelang ramadhan tiba.Situasi ini jauh berbeza dengan sambutan ramadhan oleh generasi gemilang dalam sejarah Islam di kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W yang cukup mengalu-alukan kedatangan ramadhan dengan penuh kegembiraan disebalik hidangan akhirat yang dijanjikan oleh Allah pada para tetamunya di bulan Ramadhan

Bimbang….jikalau suasana ini masih berterusan menjelang ramadhan jelma pada tahun-tahun berikutnya, yang telah tertanam didalam pemikiran masyarakat Islam Malaysia cemas dengan kedatangan ramadhan kerana harga ayam mesti naik.Bukan lagi tertanam didalam hati masyarakat kita kegembiraan bulan ramadhan disambutan dengan persiapan-persiapan ibadat untuk dipersembahankan sepanjang di bulan ramadahan

Sedih….melihat umat islam di Malaysia menjelang ramadhan tiba, kita berperang dengan kenaikan harga ayam sedangkan umat Islam di palastin menjelang ramadhan mereka tetap berperang dengan musuh-musuh Allah bagi memperjuangkan keagungan agama Islam yang tercinta .

Malangnya nasib umat Islam pada masa kini yang masih tak mampu membezakan antara kepentingan dunia dan akhirat.

اللهم بلغنا رمضان


1 comment:

azrid said...

rega ayam kat paso tani dah RM6.70 dah ustaznyer...

Wish U & family: Have a Great and Fruitful Ramadhan