Tuesday, September 11, 2007

Lil Asif

Lil asif atau maa’lish atau dalam bahasa malaysianya pohon maaf, itulah yang mampu saya hulurkan buat sahabat yang bertamu ke laman blog saya, Hampir-hampir 2 minggu saya tak ‘up date’ blog saya, dan inilah yang mernjadi pertanyaan kepada sahabat yang bertamu.Bukannya malas atau beku idea tapi ada perkara yang yang saya rasa penting untuk didahulukan disamping beberapa masalah yang bertandang

DEMAM

Alhamdulillah dengan sedikit ‘nikmat’ ujian yang telah direncanakan oleh Yang Maha Berkehendak ke atas hamba-hambanya. Bermula dengan si putera saya abang Hatem dan seterusnya membawa kepada si puteri saya adik Humaira’ kemudian kepada zaujah saya dan yang terakhir iaitu saya sendiri rebah dek ujian Allah iaitu demam Akhirnya kami sekeluarga buat keputusan untuk buat rombangan keluarga ke Klinik berhampiran untuk rawatan.Cukup besar kuasa Allah S.W.T dengan sedikit demam yang diizinkanya hampir 2/3 perkara tak mampu saya selesaikan hatta untuk menggerakakan jari jemari diatas keyboard pun tak termampu. Ya Allah ku tahu Rahmat Mu cukup luas, ampunilah hamba mu yang lemah ini. Amin

SIBUK

Sinonimnya sibuk dengan alasan namun terkadang sibuk menjadi motivasi bagi mereka untuk mencapai sesuatu. Terkenang di minda suatu ketika saya menghadiri seminar sistem perbankan Islam di Uitm dungun, salah seorang pembentang seminar tersebut iaitu Ybhg Ust Zaharuddin Abd Rahman disoal oleh perserta cara Ybhg ust. Menyelesiakan segala urusan dalam kesibukkan yang ada.Dengan tenang Ybhg Ust. menjawab dia berpegang pada pepatah “kalau mahukan sesuatu kerja itu siap bagilah pada orang yang sibuk”

Seorang sahabat saya sewaktu belajar di mesir dulu, pernah menceritakan bagaimana beliau diherdik oleh penyelia tesisnya yang merupakan salah seorang doctor kuliah yang disegani di universiti Al-Azhar. Kesilapan nya hanyalah keranabeliau bertanya pada doktor tersebut jikalau beliau ‘free’ atau kosong ketika itu untuk berbincang mengenai tesisnya dan doktor tersebut menasihatinya agar lain kali jangan ulang soalan ‘kamu kosong ke?’ tapi ajulah dengan pertanyaan ‘kamu sibuk ke?’ alasannya cukup mudah “masa kosong tiada dalam kamus hidup seorang muslim”

Kisah ini bermain-main dalam diri saya sewaktu saya cuba mencuri ruang untuk mencoret sesuatu dalam blog saya. Lebih-lebih lagi janji saya pada pelajar untuk memaparkan sejarah ideologi sebagai bahan tambahan kuliah saya.

SIHAT

Alhamdulillah dengan izin Allah saya kembali sihat dan seribu kesyukuran saya panjatkan pada Yang Maha Esa atas kurniaan yang tak terhitung ini. Saya kembali dapat menyempurnakan tugasan harian saya yang tertangguh sebelum ini, namum kesibukan dalam jadual harian saya masih lagi tak dapat dielakkan dan sememangnya kesibukkan itu tidak akan dapat kita elakkan sehinggalah pada hari yang penuh dengan kebahagian dan ketenangan kelak iaitu di syurga Allah S.W.T.

Amin Ya Rabb

No comments: