Sunday, August 19, 2007

Imam Syafie dan Sikap "Self Inquiry"

Seronok melihat perkembangan anak saya yang semakin hari semakin banyak karenah yang dilakukan. Terkadang emosi saya rapuh menahan kesabaran disebalik perkembangan tersebut, namun minda memujuk apalah sangat kenakalan yang dipamer si anak kecil jika hendak dibandingkan kemampuan akalnya berfikir,mereka lakukan semua itu sekadar untuk mencuri pemerhatian kita agar kita tahu yang dia hari ini belajar sesuatu yang baru. “betul juga…” si hati berdetik.

Jika diperhatikan pada situasi kanak-kanak yang berada dalam ‘fatrah’ perkembangan berlaku, mereka sentiasa memerhatikan dengan penuh rasa ingin tahu, sehinggakan terkadang terpancul dibibir mereka yang baru bertatih untuk bercakap dengan pelbagai soalan. Ini yang membuatkan minda saya terfikir bahawa manusia ini sejak kecil lagi telah dianugerahkan oleh Allah dengan fitrah ingin tahu kepada sesuatu yang bermanafaat untuk dirinya. Namun sikap ini makin kita membesar makin kita sia-siakan. Puncanya kerana makin kita membesar minda kita makin dipengaruhi oleh perkara yang membawa keseronokan
hawa nafsu kita, bukan lagi sikap ‘self inquiry’ atau perasaan ingin tahu yang memberikan pengetahuan yang bermanfaat pada kita.

“Self-inquiry” adalah satu sikap yang mulia di mana ia ditakrifkan sebagai kemahuan seseorang untuk mengetahui sesuatu ilmu atau maklumat yang belum diketahuinya. Tetapi jangan silap faham bahawa “self-inquiry” bukanlah sejenis meditasi yang diamalkan oleh sesetngah orang di mana mereka menggunakan perkataan “who am I” sebagai usul perbahasan. “Self-Inquiry” yang ingin dibincangkan di sini juga bukan bermaksud sebagai “ a power of meditation that involves tracing the rout of thought to its origin in the heart…” tetapi “self-Inquiry” secara ringkasnya adalah perasaan ingin tahu.


Di dalam islam semangat “self-Inquiry” ini adlah sesuatu yang amat digalakkan. Terdapat satu ayat dalam permulaan surah al-Anbiya’ di mana Allah taala memerintah kita agar bertanya kepada orang yang mengetahui jika kita tidak mengetahui sesuatu. Ayat ini memberikan gambaran yang jelas bahawa semangat “self-inquiry” itu amat dituntut,lebih-lebih lagi jika kita jahil atau ragu-ragu tentang sesuatu perkara. Dalam kitab al-Tafsir al-Munir karangan Dr Wahbah Az-Zuhaily, menjelaskan bahawa ayat ini berkaitan denagan perintah Allah kepada manusia untuk bertanyakan dengan ulama yang alim dengan kitab-kitab terdahulu tentang rasul-rasul sebelum ini adakah mereka di kalangan malaikat seperti yang mereka sangka atau dari kalangan manusia.


Suruhan untuk bertanya ini bertujuan mengelakkan syak atau dalam erti kata lain untuk mendapatkan fakta yang sebenar mengenai sesuatu benda itu, jelas menunjukkan roh “self-inquiry” begitu dituntut dalam Islam.

Dalam sejarah peradaban Islam, akan dijumpai bebrapa tokoh yang mempunyai “self-iquiry” yang begitu kuat boleh dijadikan contoh teladan. Contoh ini diutarakan bagi memudahkan sahabat-sahabat sekalian mengetahu maksud sebenar ‘self-inquiry” dalam bentuk yang lebih praktikal.

Dalam Kitab Tawali at-Ta’nis Bimaali Muhammad Bin Idris karangan Iman Ibn Hajar, dipaparkan betapa hebatnya "self-inquiry” Iman Shafie sehingga beliau ditanya oleh seseorang tentang bagaimanakah “syahwatnya” dalam menuntut ilmu?. Lantas beliau menjawab : “ Apabila saya mendengar satu kalimat yang belum pernah saya dengar, maka seluruh anggota tubuh saya seakan-akan ingin memiliki telinga agar boleh menikmati dan mendengarkan kalimat itu, sebagaimana telinga saya mendengarnya”. Beliau kemudian ditanya lagi mengenai semangatnya dalam menuntut ilmu, beliau menjawab: “ Seperti semangat orang yang mengumpulkan harta untuk mencapai suatu yang menakjubkan dan dia belum pernah mencapainya.”

Tidak hairanlah dengan keluarbiasaan semangat “self-inquiry” nya itu menjadikan beliau seorang ulama yang besar dalam sejarah islam yang mana ketika beliau berumur 15 tahun sudah dibenarkan oleh tuan gurunya untuk mengeluarkan fatwa di Mekah al-Mukarramah. Beliau suatu ketika ditanya lagi tentang bagaimana caranya mencari ilmu, beliau menjawab : “ seperti seorang wanita yang mencari satu-satunya anaknya yang hilang”.

Dalam menyelusuri sejarah keilmuan Islam, ia tidak tandus dengan tokoh-tokoh keilmuan yang begitu kuat semangat “self-inquiry” nya. Contoh yang terbaik ialah Abu Hurairah. Beliau adlah antara sahabat yang lewat memeluk agama Islam. Menurut pendapat yang sahih seperti dinukilkan oleh Imam az-Zahabi dalam kitabnya, bahawa Abu Hurairah sempat bersama Nabi s.a.w hanya 4 tahun dari pembukaan kota Khaibar hingga kewafatan Baginda s.a.w. Namun begitu, Abu Hurairah antara sahabat yang terbanyak meriwayatkan hadis daripada Baginda s.a.w. Ini tidak lain tidak bukan kerana kehebatan “self-inquiry” nya dan selalu berdamping rapat dengan Bginda s.a.w.

Jadi pengajaran daripada seduttan kisah Abu Hurairah ini, 4 tahun di Universiti sebenarnya mampu melahirkan produk ilmuan yang unggul jika benar-benar bersungguh-sungguh dalam ilmu dan mempunyai “self-inquiry” yang luar biasa seperti Abu Hurairah.

Iman nawawi juga seorang ulama tersohor dalam Mazhab Shafie, lihatlah sahaja, beliau belajar 12 pelajarn seharai, menunjukkan kekuatan “self-inquiry” nya. Mereka inilah yang seharusnya para mahasiswa atau mahasiswi contohi untuk tampil menjadi ilmuan ulung umat Islam yang menguasai pelbagai disiplin ilmu akhirat mahupun dunia.

Thomas A. Stewart seorang pemikir Barat pernah menyatakan bahawa bahan mentah masa hadapan adalah ilmu pengetahuan dan bukan lagi getah atau bijih timah!!!!.


Jadi umat Islam memerlukan jaguh ilmuan untuk menimbangi dominasi ilmua-ilmuan Barat yang kebanyakannya memusuhi dan sentiasa menjajahi minda-minda umat Islam dengan keseronokkan hawa nafsu demi untuk menghancurkan Islam. Jadi umat Islam terutamanya golongan mahasiswa adalah digesa untuk memupuk dan meningkatkan semangat “self-inquiry” untuk memenuhi tuntutan di atas.


3 comments:

azrid said...

'Self inquiry' kanak-kanak sangat menarik
Dan kadang-kadang pening untuk memberikan jawapan

Nice blog..for muhasabah

modd said...

betul sangat-sangat....kadang-kadang geram dgn kerenah my daughter adelia, tapi kdg-kdg bila fikir balik apa yg dia buat sebenarnya menunjukkan kepintaran dia. kena print artikel ini...tampal dekat dinding rumah supaya lebih sabar melayan kerenah adelia.
Anyway, saya suka petikan dari stewart (1997) tu because saya pun tgh meng-analisa ttg 'intellectual capital' tapi dalam corporation dan tgh membaca buku tersebut....

Anonymous said...

Kita kena sabar la...kita kena rajin la menjawab soalan-soalan supaya budak tue menjadi suka bertanya jikalau tidak tahu sesuatu...