Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa. Cukup menarik untuk di hayati, dalam berseloka ada pengajaran yang berguna. Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar
Assalamualaikum... Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini. Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT pada setiap masa dan ketika. Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat. TETAPI AWAS!!! Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat. Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat.. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat.. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap
dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! . Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di
2 comments:
ni memang selalu gak ust akhil dok sebut2... owh ya ust, leh nk mintak tolong ajar something tak?
Dari 2004 comment waktu Ni Saya baru setahun umur
Post a Comment