11 Hal untuk memperoleh "Lailatul Qadar"
Thursday, September 27, 2007
Thursday, September 20, 2007
Berlunaklah Mendidik Isteri
Dalam kehidupan berumahtangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri. Sama ada ia berpunca dari suami atau pihak isteri. Namun apa yang penting ialah bagaimana mereka menghadapinya serta menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.
Kalau begini tindakan yang diambil, sebenarnya ia bukan menyelesaikan masalah, tetapi menambah masalah.Suami adalah pemimpin dan guru kepada isterinya. Suami tidak seharusnya hanya mengeluh dan menyalahkan isteri semata-mata tanpa mendidiknya terlebih dahulu. Sebagai suami, di samping tugasnya mencari nafkah untuk seisi keluarga, dia juga wajib mendidik isteri serta anak-anaknya. Dan proses mendidik ini bukan cukup hanya sekali dua dinasihati, tetapi ia memakan masa yang lama
Pada saat isteri sedang marah-marah, janganlah dihadapi isteri dalam keadaan marah-marah juga. Lebih-lebih lagi jangan menghadapinya dengan kasar, keras atau menghukumnya. Sebab wanita itu lemah, dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, kalau dikasari ia akan terus bengkok dan mungkin patah. Rasulullah SAW bersabda :
Khalifah Umar menjawab: “Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu kerana dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadap diriku. Dialah yang memasak makananku, dialah yang membuat roti bagiku, dialah yang mencuci pakaianku, dialah yang menyusukan anak-anakku, padahal itu bukan merupakan kewajipan baginya.
“Dan dialah juga yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan diriku dari perbuatan yang haram. Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakannya mengenai diriku! Lelaki itu menyahut: “Ya Amirul Mukminin, demikian juga isteriku!
Khalifah Umar kemudian menasihatinya: “Saudara, bersabarlah menghadapi isterimu, kerana keadaannya itu hanya sebentar sahaja.
Jadi, para suami hendalah selalu bertolak ansur dan memberi kemaafan sekiranya berlaku krisis dengan isteri. Tidak ada gunanya diikutkan rasa marah kerana marah adalah kunci kepada segala kebencian dan pergaduhan. Tidak rugi kepada orang yang menahan rasa marahnya. Hadis Rasulullah SAW :
“
Bagi para suami yang selau runsing memikirkan sikap isterinya yang buruk itu, bersabarlah kerana ia akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Namun, jangan dibiarkan terus sikap isteri yang suka mengamuk itu, berusahalah dan sentiasa mohon kepada Allah moga-moga diberikan kekuatan untuk mendidik isteri.
Posted by ABU HATEEM NAUFAH at 12:53 PM 0 comments
Monday, September 17, 2007
Pengajaran Dari Satu Penampar
Ketika minda berputar-putar mencarai modal tambahan untuk kuliah saya, dengan izin tuhan terjumpa satu artikel yang cukup sesuai dengan tajuk kuliah saya hari ini. Biasanya cerita-cerita begini saya selitkan dalam kuliah saya, supaya perjalanan kuliah saya tidak terlalu kaku sehingga membosankan pelajar, lebih-lebih lagi kuliah berjalan pada waktu petang, yang sememangnya cukup berat untuk minda menampung input yang disampaikan.
Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu! Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya. Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah. Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan 1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya? 2. Apakah yang dinamakan TAKDIR? 3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat. Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya? Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya. Pemuda : Saya amat tidak faham...? Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!! Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada? Pemuda : Ya....! Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya? Pemuda : Tak boleh pak imam...!!! Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya. Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak? Pemuda : Tidak? Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini? Pemuda : Tidak....!!!? Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR! Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini? Pemuda : Kulit dan daging...!!! Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...? Pemuda : Kulit dan daging....!!!?? Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya? Pemuda : Sakit dan pedih....!!!? Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!! Pemuda : Allahuakbar! 'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi..Jika amalan bukan untuk alam abadi.'
Posted by ABU HATEEM NAUFAH at 3:35 PM 1 comments
Thursday, September 13, 2007
Damai selepas 6 tahun?
Hari ini enam tahun lalu, tentunya kita tidak boleh melupakan betapa dua buah pesawat digunakan untuk merempuh bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York.
Ternyata ia bukan kemalangan biasa. Luar biasa insiden itu bukan sahaja kerana ia melemahkan sendi psikologi Amerika Syarikat (AS), yang selama ini kebal daripada ditembusi tembok keselamatannya, tetapi juga telah mencorakkan dunia pada hari ini.
Kerana malu dihina sedemikian rupa, perkara pertama dilakukan oleh pentadbiran-pentadbiran Presiden George W. Bush susulan serangan 11 September 2001 ialah, menyatukan seluruh rakyat negara itu untuk menghadapi musuh yang melakukan serangan.
Dan tugas itu tidak sukar kerana dengan adanya bantuan media-media yang berpengaruh. Petik jari sahaja, stesen televisyen seperti Cable News Network (CNN), boleh menyiarkan siaran, tetapi berat sebelah, maka patriotisme rakyat AS dengan mudah dapat digemblengkan.
Langkah kedua, beliau menjana sokongan masyarakat antarabangsa terhadap kempen memerangi Al-Qaeda dan Taliban dengan Afghanistan menjadi sasaran pertama.
AS kemudian berjaya menumbangkan rejim Taliban di Afghanistan dan menaikkan Hamid Karzai sebagai ketua kerajaan baru.
Bagaimanapun, seperkara perlu diingatkan, dua individu yang paling dikehendakinya iaitu Osama bin Laden dan pemimpin Taliban, Mullah Muhamad Omar, dipercayai masih hidup dan bebas sehingga kini.
Mereka yang mengikuti kejadian sejak serangan 11 September tentunya akan sedar bahawa sepanjang peristiwa itu dunia seolah-olah dipaksa supaya menyertai kempen memerangi keganasan yang ditaja oleh AS. Ungkapan popular tentunya kenyataan bongkak Bush iaitu ‘‘sama ada anda bersama kami atau menentang kami.’’
Dan, kebanyakan negara memilih untuk bekerjasama dengan AS seperti berkongsi maklumat perisikan dan kerjasama-kerjasama dalam bentuk lain.
Bush menjanjikan sebuah dunia yang aman selepas 11 September, sesudah Al-Qaeda diperangi dengan Taliban dijatuhi, Osama dihancuri. Itulah juga yang membawa kepada kempen antikeganasan.
Tetapi agenda asal berkenaan kemudiannya menjadi sesuatu yang tidak mempunyai fokus, bercampur aduk, bercelaru dan mengelirukan.
Ia menjadi bertambah menjadi onar apabila AS kemudian dengan secara tiba-tiba menyebut mengenai ancaman senjata berbahaya oleh Iraq, sebelum kemudiannya mengancam untuk menyerang Iraq serta menjatuhkan kerajaan Presiden Saddam Hussein. Itulah juga dilakukan Bush pada pagi 20 Mac 2003. Presiden AS itu ternyata menunaikan janjinya untuk ‘menghabiskan’ Saddam tetapi ingkar pada satu lagi janji, iaitu menjadikan dunia ini aman.
Selepas 11 September, perang ke atas Afghanistan, tindakan ketenteraan terhadap Iraq dan lebih buruk ‘serangan’ buat orang Islam ternyata lebih menjadikan dunia makin anarki.
Aman atau tidak dunia ini jika wang rakyat terus hangus di Iraq? Damaikah dunia ini seandainya insiden penculikan warga asing masih lagi menjadi ancaman?
Tindakan Bush yang kemaruk darah dan haus pada nyawa mereka tidak berdosa (tentunya ramai orang Islam), bukan melambangkan dunia ini sebuah tempat yang tenteram.
Bush ketika melancarkan perang terhadap keganasan telah berjanji dan berhujah bahawa ia bukan satu peperangan terhadap orang Islam.
Malah, beliau mengambil inisiatif untuk melakukan lawatan ke beberapa pusat Islam dan masjid di AS demi menunjukkan keprihatinannya terhadap umat Islam. Malahan terbaru, pada akhir Julai lalu, Bush mengumumkan untuk melantik dutanya ke Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Bagaimanapun, apa yang berlaku ialah dunia menyaksikan Israel memperhebatkan serangannya di Palestin dan Lebanon manakala Rusia terus menindas pejuang Islam di Chechnya. Itu belum dikira penentangan Taliban yang muncul semula di Afghanistan serta giat diperangi oleh tentera bersekutu di situ.
Di negara-negara Barat, gangguan terhadap para penduduk Islam sentiasa dan terus dilaporkan oleh agensi-agensi berita antarabangsa. Bermakna apa yang digelar sebagai Islamofobia masih wujud dan berlanjutan sehingga sekarang. Semuanya terhasil daripada serangan berani mati 11 September. Secara jujur, sehingga sekarang, lelaki Sikh berjambang selain individu yang memiliki nama mempamerkan beragama Islam seperti Abdullah atau Muhammad menjadi mangsa prasangka dan tanggapan buruk sesetengah golongan di negara Barat.
Pendek kata, serangan 11 September telah mewujudkan satu jurang yang semakin melebar antara para penduduk Islam dengan golongan penduduk tempatan di negara-negara Barat.
Selepas enam tahun 11 September berlalu, dunia mungkin bertanya apakah pengajaran yang diperoleh AS. Atau belum cukupkah tempoh itu untuk pentadbiran Bush mencedok pengajaran selain membaca yang tersirat daripada peristiwa berkenaan.
‘‘Serangan itu tidak mengubah apa-apa. Tidak di pihak AS atau dunia sekalipun. Dunia bertambah kacau kerana serangan itu menjadikan AS seperti harimau luka, lebih bebas untuk menempatkan tenteranya di mana-mana negara selain lebih memihak kepada Israel dalam konflik di Asia Barat.
‘‘Politiknya 11 September ialah agama digunakan untuk kekerasan termasuk perang di Afghanistan, Iraq dan barangkali selepas ini di Iran dan Syria pula. Seperkara lagi, imej agama Islam yang dicorakkan susulan insiden itu bukan bertukar putih sebaliknya bertambah hitam dibuat AS,’’ kata Ruhanas Harun, Penyelaras Pengajian ASEAN, Institut Asia Eropah, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.
Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang hubungan antarabangsa dan merupakan bekas Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik di institusi sama kemudiannya menambah: ‘‘Berilah masa berapa lama sekalipun, AS tetap tidak akan berubah, mereka tidak akan sesekali membaca pesan yang cuba disampaikan oleh peristiwa-peristiwa menyusuli 11 September.’’
Dalam hal ini, Ruhanas menyamakan AS sebagai budak nakal yang enggan bertanggungjawab di atas kenakalannya.
‘‘AS menjadi budak nakal yang mencetuskan huru-hara tetapi mahu pihak lain meleraikan persengketaan itu. Apa yang berlaku di Iraq adalah contohnya. Mereka menyerang Iraq, menjadikan negara Teluk itu neraka kemudian mengharapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolong mereka menstabilkan krisis di situ.’’
Dalam pada itu, enam tahun sesudah serangan, apa yang jelas ialah ia gagal mengubah dasar luar White House supaya lebih responsif terhadap masalah-masalah yang berlaku di dunia dan cuba memahami kenapa masalah itu berlaku.
Pendekatan diambil cukup mudah, mereka membutakan mata, memekakkan telinga daripada memahaminya.
Kalau mata mereka tidak tertutup, akar umbi kepada keganasan dapat mereka lihat. Kalau telinga mereka dibuka, tentunya, mereka mendengar rayuan dunia yang mahukan keamanan, bukan lagi peperangan.
AS memang perlu ada kewajipan moral membetulkan dunia yang haru-biru sekarang ini. Ia tentunya kerana haru-biru itu dimulakan olehnya, bukan dilakukan penyerang berani mati pada detik 8.30 malam, 11 September, enam tahun lalu.
Ya, Bush menjanjikan sebuah dunia yang aman apabila Al-Qaeda diperangi, keganasan diatasi.
Nah, kita mahu bertanya secara jujur amankah dunia hari ini, kalau mengambil kira apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan dan beberapa negara di Afrika?
Sumber Utusan Malaysia 11 september 2007
Posted by ABU HATEEM NAUFAH at 11:37 AM 0 comments
Ayam dan Ramadhan
Peniaga ayam ingkar -- * Harga naik sehingga RM7 sekilo * Melebihi had siling RM5.60
KUALA LUMPUR 11 Sept. – Kemelut kenaikan harga ayam semakin meruncing apabila para peniaga beberapa pasar besar di seluruh negara tidak mengendahkan amaran kerajaan dengan menaikkan harga ayam melebihi had siling RM5.60 yang ditetapkan, sejak awal minggu ini.
Walaupun Persatuan Peniaga Ayam Itik Perak ‘menggertak’ untuk menaikkan harga ayam daripada RM5.60 kepada RM6.50 mulai Khamis ini, tetapi hakikatnya peniaga-peniaga ayam sudah pun berbuat demikian sejak beberapa hari lalu.
Malah ada aduan sesetengah pasar raya kini mendapat bekalan ayam yang terhad dipercayai sebagai tindakan pembekal untuk ‘memanipulasi’ harga.
Sumber Utusan Malaysia
Sedih…… bimbang………..
Semalam sempat saya bersembang dengan salah seorang pengusaha kedai makan tentang isu harga ayam naik, cukup bimbang lebih-lebih lagi harga naik bila ramadhan menjelma. ‘Berkerut’ dahi si peniaga itu tanda terlalu bimbang ketika meluahkan kebimbangannya dengan situasi kenaikan harga tersebut.
Isu kenaikan harga ayam menjelang ramadhan telah heboh diperkatakan. Dada-dada akhbar tempatan menjadikan isu tersebut sebagai pamparan utama.Dipaparkan pandangan-pandangan segenap lapisan masyarakat ke atas kebimbangan mereka.Bermula di kedai-kedai kopi hinggalah isu ni diperdebatkan di parlimen.Rata-rata tidak setuju dan bimbang dengan situasi tersebut lebih-lebih lagi apabila munculnya ramadhan.
Sedih….. melihat fenomena ini terutamanya melibatkan masyarakat Islam dan melibatkan bulan paling barokah dalam Islam.
Bimbang…. dengan sikap yang dizahirkan oleh umat pada masa kini yang masih lagi leka dengan perkara hidangan dunia daripada hidangan akhirat yang telah disediakan dan dijanjikan oleh Allah taala kepada umatnya pada bulan ramadhan.
Sedih…. melihat kedatangan ramadhan kali ini disambut dengan kebimbangan masyarakat pada perkara yang sepatutnya bukan menjadi isu utama menjelang ramadhan tiba.Situasi ini jauh berbeza dengan sambutan ramadhan oleh generasi gemilang dalam sejarah Islam di kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W yang cukup mengalu-alukan kedatangan ramadhan dengan penuh kegembiraan disebalik hidangan akhirat yang dijanjikan oleh Allah pada para tetamunya di bulan Ramadhan
Bimbang….jikalau suasana ini masih berterusan menjelang ramadhan jelma pada tahun-tahun berikutnya, yang telah tertanam didalam pemikiran masyarakat Islam Malaysia cemas dengan kedatangan ramadhan kerana harga ayam mesti naik.Bukan lagi tertanam didalam hati masyarakat kita kegembiraan bulan ramadhan disambutan dengan persiapan-persiapan ibadat untuk dipersembahankan sepanjang di bulan ramadahan
Sedih….melihat umat islam di Malaysia menjelang ramadhan tiba, kita berperang dengan kenaikan harga ayam sedangkan umat Islam di palastin menjelang ramadhan mereka tetap berperang dengan musuh-musuh Allah bagi memperjuangkan keagungan agama Islam yang tercinta .
Malangnya nasib umat Islam pada masa kini yang masih tak mampu membezakan antara kepentingan dunia dan akhirat.
اللهم بلغنا رمضان
Posted by ABU HATEEM NAUFAH at 10:04 AM 1 comments
Tuesday, September 11, 2007
Lil Asif
Lil asif atau maa’lish atau dalam bahasa malaysianya pohon maaf, itulah yang mampu saya hulurkan buat sahabat yang bertamu ke laman blog saya, Hampir-hampir 2 minggu saya tak ‘up date’ blog saya, dan inilah yang mernjadi pertanyaan kepada sahabat yang bertamu.Bukannya malas atau beku idea tapi ada perkara yang yang saya rasa penting untuk didahulukan disamping beberapa masalah yang bertandang DEMAM Alhamdulillah dengan sedikit ‘nikmat’ ujian yang telah direncanakan oleh Yang Maha Berkehendak ke atas hamba-hambanya. Bermula dengan si putera saya abang Hatem dan seterusnya membawa kepada si puteri saya adik Humaira’ kemudian kepada zaujah saya dan yang terakhir iaitu saya sendiri rebah dek ujian Allah iaitu demam Akhirnya kami sekeluarga buat keputusan untuk buat rombangan keluarga ke Klinik berhampiran untuk rawatan.Cukup besar kuasa Allah S.W.T dengan sedikit demam yang diizinkanya hampir 2/3 perkara tak mampu saya selesaikan hatta untuk menggerakakan jari jemari diatas keyboard pun tak termampu. Ya Allah ku tahu Rahmat Mu cukup luas, ampunilah hamba mu yang lemah ini. Amin SIBUK Sinonimnya sibuk dengan alasan namun terkadang sibuk menjadi motivasi bagi mereka untuk mencapai sesuatu. Terkenang di minda suatu ketika saya menghadiri seminar sistem perbankan Islam di Uitm dungun, salah seorang pembentang seminar tersebut iaitu Ybhg Ust Zaharuddin Abd Rahman disoal oleh perserta cara Ybhg ust. Menyelesiakan segala urusan dalam kesibukkan yang ada.Dengan tenang Ybhg Ust. menjawab dia berpegang pada pepatah “kalau mahukan sesuatu kerja itu siap bagilah pada orang yang sibuk” Seorang sahabat saya sewaktu belajar di mesir dulu, pernah menceritakan bagaimana beliau diherdik oleh penyelia tesisnya yang merupakan salah seorang doctor kuliah yang disegani di universiti Al-Azhar. Kesilapan nya hanyalah keranabeliau bertanya pada doktor tersebut jikalau beliau ‘free’ atau kosong ketika itu untuk berbincang mengenai tesisnya dan doktor tersebut menasihatinya agar lain kali jangan ulang soalan ‘kamu kosong ke?’ tapi ajulah dengan pertanyaan ‘kamu sibuk ke?’ alasannya cukup mudah “masa kosong tiada dalam kamus hidup seorang muslim” Kisah ini bermain-main dalam diri saya sewaktu saya SIHAT Alhamdulillah dengan izin Allah saya kembali sihat dan seribu kesyukuran saya panjatkan pada Yang Maha Esa atas kurniaan yang tak terhitung ini. Saya kembali dapat menyempurnakan tugasan harian saya yang tertangguh sebelum ini, namum kesibukan dalam jadual harian saya masih lagi tak dapat dielakkan dan sememangnya kesibukkan itu tidak akan dapat kita elakkan sehinggalah pada hari yang penuh dengan kebahagian dan ketenangan kelak iaitu di syurga Allah S.W.T. Amin Ya Rabb
Posted by ABU HATEEM NAUFAH at 3:29 PM 0 comments
Monday, September 10, 2007
Pertumbuhan Ideologi
Sejak abab ke 18,19 dan juga abad ke-20 dunia Barat dikatakan sedang berada dalam abad Idealogi (age of ideologies). Istilah ideologi mula-mula sekali dipakai oleh Destutt de Tracy (754-1836) dalam bukunya, Elements d'ideologie (1796) sebagai stu cabang zooologi untuk mengkaji secara saintifik tentang asal usul idea-idea. Tujuan praktikalnya ialah untuk menyediakn satu asas baru pendidikan yang bebas daripada prasangka agama dan metafizik.
Suatu hakikat yang perlu dipandang berat ialah bahawa idealogi-idealogi tersebut bukan sahaja kebanyakannya dipelopori oleh tokoh-tokoh Yahudi, bahkan juga disebarluaskan oleh mereka dengan tujuan untuk menghancurkan manusia bukan yahudi (goyim). Hakikat ini didedahkan dalam Protokol Zionisme sendiri seperti yang berikut:
Kerana itulah yang sentiasa mempengaruhi mereka
supaya mempercayai sepenuhnya teori-teori itu.
intelek Goyim akan berasa bangga dengan pengetahuan
mereka tanpa menentukan sama ada pengetahuan
mereka itu betul atau tidak, dan mereka akan
menggunakan pengetahuan mereka yang telah
diperolehi daripada sains, yang telah digunakan oleh
wakil-wakil khas kita, telah menyusun untuk membawa
mereka kea rah yang kita mahu.
Kosong dan tidak bermakna. Renungkanlah kejayaan
Yang kita usahakan untuk Darwinisme, Marxisme,
Nietzscheisme. Bagi kita orang-orang Yahudi nyatalah
Bahawa perintah-perintah ini akan melemahkan serta
Meleburkan fikiran orang-orang Goyim (perkara 2:3)
Dalam agama Yahudi sendiri terdapat ajaran yang menghalalkan riba jika berusan dengan orang asing, tetapi melarangnya apabila berusan dengan ornag yahudi (Sifir al-Tathniah 23 : 19) sebab itulah jesus Christ dikatakan sangat benci kepada pemiutang Yahudi, lantaran mereka mengamalkan riba. Mereka dianggap menyembah Mammon dan berkumpul di dalam Synagogue Satan (Revelation 2 : 9). Golongan kapitalis Yahudi memainkan peranan utama dalam peperangan saudara (1642-1649) dan Revolusi Gemilang 1688 di England yang membawa kejatuhan James 11 (1685-1688) dan seterusnya kenaikan orang yang mereka bantu, William of Orange dan isterinya Mery. Dengan kenaikan mereka, golongan yahudi ini mendesak agar diberikan kebenaran menubuhkan Bank of England, yang berjaya ditubuhkan pada tahun 1694 di bwah pimpinan William Paterson. Namun kemudian bank ini dikuasai oleh keluarga Rothschild, penganjur sistem kapitalis moden berbangsa Yahudi.
Ia juga dinamakan Darwinisme menurut nema pengasasnya, Charles Darwin (1808-1882), seorang yahudi. Memang ada tokoh-tokoh evolusionis pra-Darwin seperti Lamark, Charles Lyell, William Paley dan Robert Malthus. Tetapi baru di tangan
Prinsip evolusionisme telah mempengaruhi kelahiran pragmatisme, yang diasaskan oleh Charles S. Peirce (1839-1914),William James (1842-1910) dan John Dewey (1859-1952). Dengan menolak konsep falsafah metafizik dan spekulatif, aliran pragmatisme lebih menekankan falsafah amali, yakni akibat yang praktikalnya (practical consequences) sebagai ukuran baik buruk sesuatu. Yang benar ialah yang bernilai praktikal atau yang dapat atau yang dapat dikerjakan (that which works). Dengan berfikir secara pragmatik, bererti kita mementingkan apa yang dapat dibuat, faedah dan keuntungannya, sesusai atau tidak dengan situasi atau realiti yang berbeza dab berubah-ubah, di samping menyediakan rancangan daruratnya sekali. Sedangkan apa sahaja yang tidak praktikal atau tidak dapat dikerjakan,semuanya itu tidak bernilai dan tidak berguna sama sekali.
6) FREUDISME
Kemudianya tentang aliran Freudian, sesuai dengan namanya, ia diasaskan oleh seorang tokoh berbangsa yahudi juga, Sigmund Freud (1856- 1939). Peranan yang terbesar ialah dalam bidang psikologi atau psikiatri dan psikoterapi, iaitu melalui teorinya tentang pengaruh kuasa tidak sedar (unconscious force) terhadap fikiran dan kelakuan manusia, serta teori respresi seks sebagai punca neurosis atau sakit jiwa. Pada mulanya Freud dibantu oleh tokoh-tokoh seperti Alfred Adler dan Carl G. Jung. Tetapi lantaran teori-teori freud yang controversial itu mereka lalu berpisah dan menjadi tokoh psikologi yang terkenal pula.
7) EKSISTENSIALISME
Mengenai aliran eksistensialisme ia dipelopori oleh Soren Kierkegaard (1813-1835) dan dikembangkan oleh Martin Heidegger (1889-1976), Karl Jasper (1883-1969), dan novelis-novelis atheis seperti Jean-Paul Satre (1905-1980) dan Albert Camus (1913-1960). Bagi Kierkegaard yang masih percaya kepada tuhan, eksistensialisme lahir sebagai suatu reaksi atau protes terhadap masalah manusia yang serba rumit lagi membingungkan dan absurd. Tetapi ditangan Satre yang berbangsa Yahudi itu eksistensialisme sudah bercorak athestik.
Demikianlah antara lain ideologi-ideologi barat moden yang kemunculannya merupakan puncak proses sekularisasi yang bermula sejak zaman Renaisans sebelumnya. Memang tidak semua ideologi lahir kerana dorongan ilmu, tetapi dalam perkembangannya ia membawa natijah yang besar terhadap wajah dan arah ilmu pengatahuan itu sendiri. Ideologi nasionalisme misalnya, walaupun ia merupakan ideology politik, tetapi ia banyak mencorakan kegiatan ilmu dan penyelidikan yang dijalankan. Apalagi pada ideologi-ideologi yang bersifat ilmu pada mulanya, seperti Marxisme, Darwisme, dan Freudian, maka lebih jelas lagi kesannya terhadap wajah dan corak ilmu pengatahuan yang dihasilkan. Dan di dalam perkembangan dan penyebaran semuanya itu, di belakang tabir berdirilah dalangnya yang utama, iaitu golongan Yahudi dan konco-konconya yang biasanya terdiri daripada golongan yang berkuasa.
Posted by ABU HATEEM NAUFAH at 12:39 PM 0 comments